18 May, 2009

UCAPAN HARI GURU

Yang Berusaha Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin, GB SKSB
En. Abdul Rahman b. Idrus, PK Kurikulum
Pn. Sumiah Abdul Rahman, PK HEM
En. Halimon b. Suratman, PK Kokurikulum
En. Shamuri b. Boradi, PK Petang
Pn. Ruzaini bt. Mustapha, PK pendidikan Khas
Guru yang saya hormati dan rakan-rakan seperjuangan.
Assalamualaikum.....


Tanggal 16 Mei telah menjadi tradisi sinonim profesion perguruan diraikan si seluruh negara tercinta ini. Secara holistiknya seluruh anak murid diminta meraikan guru-guru yang mengajar mereka dengan ucapan " Selamat Hari Guru". Ungkapan guru umpama lilin kini sukar untuk didengari lagi, kini guru-guru telah diumpamakan sebatang "Pen Drive" yang berperanan bulat-bulat untuk membina anak-anak kecil yang kelak diharap-harapkan menjadi insan cemerlang dan hebat kepada bangsa, agama dan negara.

Persoalannya, adakah guru-guru wanita yang mendominasikan 85% pentas pendidikan ini dengan nisbah 1 guru bersamaan dengan 7 orang murid mampu menjalankan tanggungjawab murni ini bagi membimbing lebih 6 juta orang pelajar di seluruh negara.

Justeru itu, tema sambutan Hari Guru 2009 " Guru Pembina Negara Bangsa" telah dipilih selaras dengan Peribahasa Arab yang mengatakan guru adalah pembina budaya ilmu serta pembentuk generasi dakan datang. Sementara peribahasa Melayu pula, menyebut " Berguru dahulu sebelum bergurau", "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari", "Berguru kepalang ajar, bagi bunga kembang tak jadi". Istilah yang diberi oleh cendikiawan Islam iaitu guru atau pendidik dikenali sebagai Murabbi, Mualim, Mu'addib atau ulama sekaligus menggambarkan betapa tinggi martabbat guru dalam kehidupan sejak zaman-berzaman.

Kenyataan ini, dapat dikukuhkan lagi daripada petikan mantan Presiden India juga seorang saintis yang membangunkan bom nukleur untuk negaranya dengan menegaskan tiga personaliti teragung di dunia ini ialah ibu, bapa dan guru. Khasnya guru-guru sekolah rendah yang lebih peting daripada guru-guru di sekolah menengah mahupun pensyarah. Jika sekolah rendah gagal menyediakan pendidik yang kukuh, maka lahirlah pelajar sekolah menengah yang tiada asas dan akhirnya lahirlah mahasiswa dan belia yang rapuh dan modah insan yang pincang dan bernanah.

Maka, menurut Hamka adab kepada seorang guru, murid-murid hendaklah mengakui kelebihan guru dan menghormatinya kerana lebih utama daripada ibu dan bapa daei segi jasanya. Kerana ibu bapa mengasuh anak sejak dilahirkan, tetapi guru mendidik jiwa. Kemuncak matlamat kerjaya seorang guru tidak pernah mengharapkan balasan, pujian atau penghormatan masyarakat, namun hati kecilnya sering terluka dengan cemuhan ibu bapa yang megah dengan balasan undang-undang, keruntuhan morah, penyalahangunaan dadah, gejala mat rempit dan gangterisme serta kes-kes melawan guru dan ibu bapa di kalangan anak-anak murid mereka kenali.

Doakanlah guru sepanjang hidupnya. Jika mereka meninggal dunia, anak-anak murid wajarlah menziarahi dan memohon maaf serta bersedekah atas namanya.

Terimalah beberapa kata-kata keramat dari kami murid-muridmu di SK Sungai Buloh:
  • Guru ajarmu ada harapan, dalam tegurmu ada doam dalam marahmu ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijiksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah mu seorang guru.
  • Birth is the start of life. Beauty is the art of life, mysteries dan risk are part of life....but a Teacher are part of life and a Teacher is the heart of life.
  • A Teacher takes a hand...Open the mind and touches the heart.
Happy Teacher Days. You are everything. SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.

Ucapan disampaikan oleh adik Iman Zulkhairi, Ketua Pengawas Sekolah.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014