26 October, 2009

HARI SENAM SENI & HARI KANTIN

Pada hari Ahad yang lepas sekolah SKSB telah berjaya menganjurkan Hari Kantin dan Hari Senam Seni bagi mengumpul dana sekolah. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan lancar. Kehadiran tetamu pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Ini merupakan program besar sekolah dan program terakhir sekolah untuk tahun 2009.

Guru hari ini memang serba boleh, dalam gambar di atas jelas menunjukkan guru sekolah SKSB begitu komited untuk membantu sekolah dalam menjayakan hari kantin. Semua dana ini akan digunakan untuk kemudahan warga SKSB. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini membolehkan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar.

Hari kantin dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan muzik kampung melayu. Mereka ini secara tidak langsung telah menghiburkan tetamu yang datang. Nyanyian mereka ini, menjadi salah satu daya tarikan kepada tetamu yang datang.

Guru-guru bekerja keras menjual pelbagai masakkan untuk mengutip dana sekolah. Cikgu Ameeta begitu bersemangat menyusun mangkuk bihun sup. Semua persiapan ini dibuat pada hari sebelumnya untuk memastikan perjalanan hari kantin berjalan dengan lancar dan makanan mencukupi mengikut jualan kupon yang telah dijual hari sebelumnya.

Pada sebelah pagi telah diadakan senaman senam seni yang dikelolakan oleh kakitangan KEKWA bertempat di padang sekolah. Penyertaan kali ini amat menggalakkan. Antara tetamu yang turut serta pada pagi itu, YB Bushro Mat Jusoh, Dato Razak Kechik, Tn. Haji Sahar, guru-guru, penduduk setempat dan murid-murid.

BORIA KUMPULAN 4 UNISEL


Salam sejahtera kami ucapkan,

Pada guru-guru, rakan dan taulan,
Boria group UNISEL kami persembahkan,
Semoga terpahat dalam ingatan.

Di padang SKSB, kami bercamping,
Selama 4 hari, tak puas lagi,
Bermacam cabaran, kami tempuhi,
Hujan ribut pun kami tak peduli.

Semangat 1 Malaysia kami terapkan,
Sifat kerjasama kami amalkan,
Nilai-nilai murni terus ditepati,
Semoga hidup aman dan harmoni.

Bermacam aktiviti, lakukan bersama,
Dari yang lama sehingga yang semasa,
Melatiih diri tuk bekerjasama,
Dalam situasi yang berbeza-beza.

Harapan kami sangatlah tinggi,
Bak gunung berapi, kami jelajahi,
Walau setiap hari kami dimarahi,
Kami tetaplah bersemangat tinggi.

Hasil Nukilan:
Isma Haikal, Wan Hasbullah, Alfiqmal, Najah Farahin,
Iman, Siti Marhani, Sharifah, Nursyuhada, Farah Aina, & Nurul Naqiah.

24 October, 2009

KEM 1 MALAYSIA



Program Kem 1 Malaysia ini sebenarnya telah memberi pengalaman baru kepada murid-murid. Banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang 4 hari. Penyertaan murid juga amat menggalakkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua juru latih pusat ko tekali, guru-guru, serta semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan kali ini.

22 October, 2009

JAMUAN HARI JADI & HARI RAYA

Anak-anak guru sksb setiap tahun akan mengadakan majlis hari jadi dan jamuan hari raya. Tahun ini majlis telah diadakan di kantin sekolah.
Ini merupkan salah satu acara Taska Honey Tasnim yang terletak di dalam kawasan sekolah.

Ini baru 2 biji kek. Sebenarnya ada banyak lagi kek.

Setiap anak-anak akan dapat hadiah. Tengoklah tu masing-masing dengan plastik besar. Aishah pun dapat jugak ke hadiah.

Mereka bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari lahir sebelum kek itu selamat dimakan. Jimat sikit duit untuk sambut besday. Sebab sambut ramai-ramai.

Dari kiri, Fadzillah, Che Yom, Asiyah Bee dan Sholihah.
Wajah ibu-ibu taska yang bertungkus lumus menjaga anak-anak cikgu.

PROGRAM KEM 1 MALAYSIA

Bergambar beramai-ramai selepas tamat majlis perasmian dan penutupan perkhemahan Kem 1 Malaysia yang diadakan di SKSB bermula 19/10 hingga 22/10. Penyertaan peserta seramai 159 orang murid Tahap Dua.

Terpamer di wajah murid-murid kepenatan berkhemah selama empat hari. Murid-murid telah bersiap sedia menunggu majlis penutupan dimulakan.
Bergambar beramai-ramai di hadapan Memorial Tun Abdul Razak... Ini merupakan destinasi yang terakhir lawatan Kem 1 Malaysia sekitar Kuala Lumpur.

Murid-murid seronok dapat melawat walaupun hanya di sekitar Kuala Lumpur. Ada juga sesetengah murid tidak pernah pun melawat ke tempat-tempat yang kami pergi.

Panorama tapak perkhemahan yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Rezeki kami, keadaan cuaca selama 4 hari cukup baik. Murid-murid dapat meneruskan perkhemahan dan menginap di dalam khemah yang telah disediakan.

14 October, 2009

AKTIVITI SEPANJANG BULAN PSS


Bulan PSS ini adalah anjuran bersama bulan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah poster promosi sepanjang bulan PSS. Sepanjang bulan PSS ini diadakan berbagai aktiviti mengikut tahun. antaranya :
1) Pertandingan eksplorace ( tahun 6 )
2) Pertandingan melukis poster Satu Malaysia ( tahun 5 )
3) Pertandingan Bercerita ( tahun 3 & 4 )
4) Pertandingan deklamasi sajak ( tahun 2 )
5) Pertandingan mewarna ( tahun 1, Pra sekolah & Pendidikan Khas )
6) Pertandingan mencipta komik ( terbuka kepada semua murid )
7) Pertandingan kuiz PSS ( terbuka kepada semua murid )

Diharap murid dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. tarikh tutup bagi semua pertandingan adalah pada 22 Oktober 2009 iaitu hari Khamis. Hadiah akan disediakan.

Pada 7 Oktober diadakan ceramah kesihatan mengenai Penyakit Denggi dan bahaya nyamuk Aedes. Ceramah ini melibatkan semua murid tahun 4 dan 5. Penceramah ini adalah wakil dari Kementerian Kesihatan.

MAJLIS PERASMIAN BULAN PSS 2009



Pada 5 Oktober 2009, majlis pelancaran bulan Pusat Sumber telah diadakan di SKSB. Sambutan bulan PSS ini bermula dari 5 Oktober sehingga 30 Oktober. Majlis ini dirasmikan oleh En Abdul Rahman Idrus. Majlis dimulakan dengan ucapan Pn Suzanna Md Saud selaku GPM yang seterusnya menjemput En Abdul Rahman Idrus untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan pelancaran Bulan PSS. Seterusnya, majlis diserikan dengan persembahan murid dari 6 Melur iaitu gurindam yang bertajuk " Membaca Menjana Minda'.

Gurindan ini ditulis oleh Mas Adeki. hayatilah bait-bait gurindam ini.
Banyak membaca fikiran kaya,
rajin berusaha pasti berjaya.

Jika rajin membaca buku,
otak cerdas tidaklah beku.

Buku menjana minda anda,
boleh dibaca di mana berada.

Pembaca bijak seronok membaca,
mudah kenal intan atau kaca..................


untuk kata-kata seterusnya, bolehlah datang ke PSS untuk mencari buku ini. Gurindam ini di ambil dari buku yang bertajuk 'Lautan kasih berpantai sayang'.

KECERIAAN PSS

Pada 30 September 2009, AJK PSS sesi pagi telah bersama-sama membuat keceriaan di PSS. antara AJK yang hadir ialah ialah yang terdapat di dalam gambar. Selain itu, ada juga AJK yang lain hadir yang tidak terdapat dalam gambar iaitu Pn Normala Sanuse dan Pn Umi Kalsom. terima kasih diucapkan kepada AJK yang hadir dan ikhlas membuat keceriaan PSS. harap-harap AJK akan sentiasa memberi kerjasama dalam meningkatkan keceriaan PSS.

11 October, 2009

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Sebahagian gelagat anak murid bila gambarnya dirakam semasa aktiviti rebut kerusi diadakan di tapak perhimpunan sekolah.

Aktiviti selepas UPRS bukan sahaja menyeronokkan murid, tapi ada sesetengah aktiviti cikgu pun boleh turut serta. Tengok dalam gambar tu, bukan main seronok lagi Cikgu Mohd Noor melayan kerenah anak muridnya. Aktiviti sebegini sebenarnya sedikit sebanyak dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

HARI TERAKHIR UPSR

Pn. Normala dan Pn. Azlina memberi peringatan kepada murid-murid supaya tidak sesekali ponteng sekolah walaupun perperiksaan telah pun tamat. Ini kerana banyak program selepas UPSR akan dijalankan. Termasuklah program protim Bahasa Melayu dan Matematik.

Wajah-wajah mrid Tahun 6 yang baru sahaja tamat peperiksaan. Mereka begitu seronok, sekurang-kurangnya mereka telah buat yang terbaik. Murid mendegar pesanan daripada guru-guru sebelum mereka pulang.

HARI PERTAMA UPSR

Setiap sekali selepas tamat peperiksaan murid-murid akan dikumpul dan masuk ke kelas dalam keadaan terkawal. Ini penting supaya murid-murid tidak tersalah tempat duduk. Di samping itu suasana juga lebih teratur. Penyalaras Tahun 6 Cikgu Normala merupakan orang yang begitu sibuk sepanjang peperiksaan dan dibantu oleh rakan-rakan guru yang lain.

Guru-guru sibuk memastikan kelengkapan murid sebelum masuk ke dewan cukup. Terutamanya slip peperiksaan dan alat tulis.

Beginilah suasana hari pertama Peperiksaan UPSR 2009 pada 8 September yang lalu. Semua persiapan telah dilakukan, semoga anak didik dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Tahun ini semua murid diwajibkan memakai toping gara-gara negara dilanda H1N1.

09 October, 2009

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya mengadakan bulan panitia sepanjang bulan Ramadhan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang bulan tersebut. Antaranya tadarus Al-Quran untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5 setiap pagi. Kemuncak program Tadarus adalah Khatam Al-Quran. Majis penutupan Ihya Ramadhan telah diadakan pada hari terakhir persekolah sebelum sekolah mulah bercuti untuk menyanbut Hari Raya Aidilfitri.

Murid-murid Pra Sekolah tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara penutupan bulan Panitia Pendidikan Islam. Persembahan murid Pra Sekolah ini telah dilatih oleh guru-guru praktikum dari UNISEL. Terima Kasih kepada guru-guru pratikum kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini.

PROGRAM NILAM

Program nilam banyak membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan kosa kata, dan pengetahuan am. Semua maklumat ini sangat berguna dalam menghasilkan karangan bermutu dan membina ayat dengan lebih gramatis.

Bagi tujuan menggalakkan penyertaan di kalangan murid-murid, PSS telah menyediakan hadiah kepada mereka yang berjaya membaca buku paling banyak. Di samping itu, program rakan pembaca juga telah diwujudkan. Rakan pembaca ini, akan mengadakan persembahan di perhimpunan pada setiap hari secara bergilir-gilir.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014