18 March, 2014

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran perlu diadakan bagi memastikan semua warga SKSB diberi pendedahan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran peringkat sekolah bersama pasukan bomba dan penyelamat Sungai Buloh. Latihan ini berjalan dengan lancar.

Tarikh: 21 Februari 2014
Hari: Jumaat
Tempat: Tapak Perhimpunan


Pihak bomba bersama peralatan memadam kebakaran.

Mangsa kebakaran diberi rawatan awal.

Pihak penyelamat mengusung mangsa.

Murid-murid berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan.

Mangsa yang berjaya dibawa turun.

Memberi laporan bilangan murid dan kaki tangan SKSB.

Pihak hospital memberi rawatan awal.

Pihak bomba berusaha memadam kebakaran.

Ketangkasan pihak bomba sampai ke tempat kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat melepaskan lelah.

PROGRAM ANAK ANGKAT

Pelbagai program telah disusun dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian UPSR 2014. Antaranya, Program Anak Angkat murid tahun 5 dan tahun 6 2014. Pelancaran program ini telah diadakan.

Tarikh : 3 Februari 2014
Hari: Isnin (Perhimpunan Mingguan)
Tempat: Tapak Perhimpunan

Guru dan murid bergambar sebagai kenangan.

Guru yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pihak pentadbir dan guru Bahasa Melayu. Guru yang terlibat akan menjalankan aktiviti mengikut kelapangan masing-mas

PELANCARAN BULAN PANITIA BAHASA

Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah disempurnakan oleh Pn. Nor Liza Idris, PK Pentadbiran. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan berkenaan. Diharap murid-murid dapat mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ini adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat terpendam murid-murid. Murid yang berbakat boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tarikh : 3 Februari 2014
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan

Pelancaran Bulan Panitia telah dikelolakan oleh murid-murid.

Murid yang mengambil bahagian.

Bulan Panitia Bahasa telah dilancarkan oleh PK Pentadbiran.

Murid memberi tumpuan.

Majlis pelancaran  bulan panitia telah disempurnakan dengan simbolik
pembukaan sampul surat besar yang perlu ditanda tangan oleh PK.


#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014