16 February, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG SKSB berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh kerana memberi keizinan kepada pihak sekolah mengadakan mesyuarat ditempat yang cukup selesa. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat kali ini. 

Tarikh : 15 Februari 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium Hospital Sungai Buloh.

Pn. Lim Siew Bian, Guru Besar

Dr. Hj. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh

Dato' Dr. Hj Razak Kechik, YPD PIBG SKSB

Murid cemerlang UPSR 2013 

Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013


Penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih kepda
Pengarah Hospital Sungai Buloh

Penyampaian cenderahati kepada pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.

Auditorium yang cukup selesa.

Perlantikan AJK PIBG yang baru untuk sesi 2014

Barisan AJK PIBG yang telah dilantik untuk menjalankan amanah
yang diberi bagi sesi 2014

15 February, 2014

TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT

Pn. Norhanida menerima hadiah daripada kelab staff.

Pn. Norhanida bt Saaidin telah dilahirkan  pada 14 Oktober 1972.  Mula bertugas di SK Sungai Buloh pada tahun 1998. Ditempatkan di Pendidikan Khas selama 2 tahun. Pada tahun 2000, dia mula mengajar di Aliran Perdana.

Dia pernah menjadi Penyelaras Tahun bermula tahun 2002 sehingga 2007. Pada tahun 2008 dia telah dilantik menjadi Setiausaha Kokurikulum. Pada tahun 2009 sehingga 2013, dia telah diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Hal Ehwal Murid. Pada tahun 2011 dan 2012 telah dilantik sebagai ketua Guru Pusat Sumber. Tahun 2013 dia telah dilantik sebagai ketua guru disiplin.

Pada awal tahun 2014, dia dinaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Hem di SK Desa Aman Puri. Dia mula berkhidmat di sekolah berkenaan pada 02 Januari 2014. Sekali lagi tahniah kepada Pn. Norhanida Saaidin. Semoga dapat menjalankan tugas baik.

PELANCARAN BULAN PANITIA

Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah disempurnakan oleh Pn. Nor Liza Idris, PK Pentadbiran. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan berkenaan. Diharap murid-murid dapat mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ini adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat terpendam murid-murid. Murid yang berbakat boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tarikh : 3 Februari 2014
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan

Pelancaran Bulan Panitia telah dikelolakan oleh murid-murid.

Murid yang mengambil bahagian.

Bulan Panitia Bahasa telah dilancarkan oleh PK Pentadbiran.

Murid memberi tumpuan.

Majlis pelancaran  bulan panitia telah disempurnakan dengan simbolik
pembukaan sampul surat besar yang perlu ditanda tangan oleh PK.


BOLING KELAB STAFF

Tahniah kepada semua AJK Kelab Staff sesi 2014 kerana berjaya menganjurkan perlawan boling persahabatan di kalangan staff SKSB. Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan staff. Di samping itu, aktiviti sebegini juga dapat mengurangkan stress bekerja.

Tarikh : 8 Februari 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Brem Mall, Kepong.

Team paling mantap.

Keceriaan guru-guru jelas kelihatan.

Guru memang serba boleh.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pihak sekolah sentiasa berusaha memberi pendedahan kepada guru-guru untuk memastikan guru mendapat latihan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan hari ini. Baru-baru ini guru telah diberi pendedahan tentang 'Perancangan Strategik' yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zolkifli bin Tahir. Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Tarikh : 3 Februari 2014
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Kesidang

Semua guru terlibat.

Ucapan aluan oleh Pn. Nor Liza Idris.

Kursus di Bilik Kesidang.
Penceramah bersama dengan Penolong Kanan Pentadbiran.


#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014