29 April, 2009

BULAN PANITIA PJK & P.SENI VISUAL

Ketua Panitia PJK iaitu cikgu Shafie menerangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan PJK dan Pendidikan Seni Visual.
Majlis perlancaran Bulan Panitia PJK & Pendidikan Seni Visual telah dirasmikan oleh En. Abdul Rahman Idrus, PK Pentadbiran pada 6 April 2009 di perhimpunan sksb. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang bulan panitia.

SUKAN TAHUNAN

Aktiviti sukan tahunan kali ini sangat meriah. Acara telah berlangsung selama dua hari. Hari pertama diberi tumpuan kepada sukaneka Tahap 1 dan hari kedua lebih kepada acara untuk Tahap 2.

Keseronokkan jelas terpancar di wajah mereka yang terlibat, terutamanya murid-murid. Semangat bekerjasama antara satu sama lain amat penting dalam memastikan perjalanan hari sukan berlangsung dengan lancar.



Sukan merupakan acara tahunan yang cukup meriah. Ini kerana melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa. Melalui aktiviti sukan ini, murid-murid dapat menunjukkan bakat dalam bidang sukan. Penglibatan murid juga amat menggalakkan.

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Perlantikan pengawas diadakan pada setiap tahun. Badan pengwas memainkan peranan penting dalam memastikan disiplin murid-murid berada dalam keadaan yang terkawal.

19 April, 2009

AKTIVITI MURID DI PSS


Murid menggunakan ruang yang ada untuk melakukan aktiviti pembelajaran di PSS. Apa yang penting, aktiviti yang dilakukan menarik minat murid untuk menerima pelajaran. Mungkin murid seronok belajar sambil meniarap. Aktiviti seperti ini lebih santai. Guru perlu bijak menggunakan ruang dan mencari sesuatu yang baru bagi menarik minat murid.

MINUMAN MILO


Pada 8 April 2009, yarikat minuman milo bermurah hati memberi minuman percuma kepada warga sekolah. Bukan saja murid dapat minuman percuma, guru juga berpeluang minum. Minuman berkhasiat ini boleh menggalakkan murid minum dan bersarapan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula. Ini penting untuk memastikan murid bersedia dan cergas untuk menerima pelajaran. Murid pra sekolah beratur untuk minum minuman percuma.

"Milo-milo anda jadi sihat dan kuat. Minumlah milo untuk kesihatan"

CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH

maPada 7 April 2009 yang lalu, unit bimbingan & kaunseling telah menjemput penceramah khas dari penjara Sg. Buloh untuk menyampaikan ceramah pencegahan jenayah. Tahniah kepada Cikgu Wan Pidura Wan Ali selaku kaunselor sekolah yang telah mengadakan ceramah sedemikan. Sekurang-kurang memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid-murid mengenai punca jenayah dan kesannya kepada diri sendiri. Tayangan video boleh menginsafkan murid bertapa peritnya penjenayah untuk menlalui hukuman rotan sehingga berdarah dan memakan masa berminggu untuk sembuh.

18 April, 2009

PENUTUPAN PANITIA MATE & SAINS


Pada 6 April 2009 secara rasminya Bulan Panitia Matematik & Sains ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya merebut peluang setiap pertandingan yang dianjurkan. Cik Fauzana Faez bersama Pn. Normala Sanuse ditugaskan untuk menyelaraskan majlis penyampaian hadiah tersebut. Pn. Azizah Othman (KP Matematik) mengiringi Pn. Sumiah Abdul Rahman menyampaikan haadiah kepada pemenang yang berjaya.

Pada hari yang sama juga telah diadakan majlis pelancaran bagi Bulan Panitia Pendidikan Seni dan Panitia PJK.

AKTIVITI PANITIA MATEMATIK


Aktiviti panitia sebenarnya memberi peluang kepada murid mengasah bakat dan tak kurang juga mengembangkan kemahiran di dalam kelas dalam aktiviti seharian. Antara aktiviti yang menarik minat murid dan saban tahun mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan ialah Treasure Hunt. Seperti yang dijangkakan sambutan amat menggalakkan. Ketua Panitia banyak memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan murid seronok. Soalan yang digunakan mirip kepada matematik reakreasi dan memerlukan kemahiran KBKK untuk menyelesaikannya.

Kerjasama di kalangan ahli kumpulan juga dapat diterapkan. Mereka perlu menyelesaikan setiap set soalan di lokasi yang ditetapkan. Aktiviti ini telah dijalankan pada 2 April 2009. Lokasi yang terlibat:
  • Taman pra sekolah
  • Padang
  • Balai j-Qaf
  • Green Velly
  • Taman Gamuda

MEREKOD CD

Salah satu bidang tugas Unit Automasi ialah merekod semua CD yang dibekalkan atau pun yang dibeli oleh sekolah. Pn. Suzanna Saud bersama dengan Guru PPSMI bertungkus lumus mengumpul semua cd yang ada. Mereka berdua key in dalam sistem automasi dan menampal nombor siri. Seterusnya mengagihkan kepada 3 tempat penyimpanan bagi memudahkan penggunaannya di kalangan guru-guru:
  • Pusat Sumber
  • Bilik PPSMI
  • Siber Didik
Pengurusan cd yang sistematik mudahkan banyak kerja di masa akan datang. Walaupun peringkat awal nampak macam rumit.

CERAMAH MOTIVASI


Ceramah ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Hulu Kelang.

SUDUT-SUDUT DI PSS


View pusat sumber sksb bahagian dalam dipenuhi dengan info-info yang digantungkan. Sudut kaunter pinjaman buku juga, ditampal dengan pelbagai maklumat.


Sudut promosi buku-buku baru kepada murid-murid. Sudut pameran pamplet yang dikumpul daripada pelbagai agensi sebagai maklumat tambahan kepada murid-murid.


Sudut pameran barangan antik yang masih lagi menjadi kesayangan pss. Barang antik ini tersusun rapi dalam almari. Almari yang menyimpan bahan rujukan untuk guru dan pengunjung yang lain.

ANUGERAH BULANAN


Kita menyumbang sejumlah kecil wang untuk memberi sedikit cenderahati kepada murid ini..dengan harapan ianya memberi kesan jangka panjang. Terumanya, dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. Salah satunya, mempunyai akhlak yang mulia.

Murid yang menerima anugerah murid contoh yang telah di sampaikan oleh Pn. Sumiah Abdul Rahman

Setiap bulan Unit Disiplin akan memberi anugerah kepada murid-murid yang mengamalkan sikap jujur sama ada, semasa di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Anugerah ini sedikit sebanyak menggalakkan murid-murid berkelakuan baik dan menjadi contoh teladan kepada murid lain. Bilangan murid yang berkelakuan baik ini, nampaknya setiap bulan semakin meningkat. Harapan kami, semoga murid-murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Masalah kecurian di sekolah juga dapat dikurangkan.
Contohnya, Ahmad terjumpa duit di kantin sekolah, dia menyerahkan duit berkenaan kepada guru disiplin. Dia akan diberi anugerah pada perhimpunan kerana sikap jujurnya itu. Tahniah kepada guru disiplin Cikgu Muhammad Nor Sharif kerana komitmen yang diberikan selama bertahun2 dalam unit disiplin.

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di peringkat sekolah pada 13 Mac yang lalu bertempat di kantin sekolah. Sambutan Maulidur Rasul diisi dengan aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan. Persembahan murid dan beberapa lagi aktiviti lain yang diadakan.

MEMBIMBING RAKAN SEBAYA


BULAN PANITIA MATEMATIK

Aktiviti membimbing rakan sebaya ini telah diadakan pada 31 Mac 2009 bertempat di Kantin Sekolah SKSB. Aktiviti ini melibatkan murid Tahun 6 yang akan mengambil UPSR. Aktiviti ini telah dikelolakan oleh cikgu Azizah (KP Mate) dan cikgu Wan Pidura guru mate tahun 6. Aktiviti ini melibatkan semua murid. Setiap kumpulan mempunyai tahap kebolehan murid yang berbeza. Ini bertujuan, apabila guru mengemukan soalan mengenai sesuatu topik, murid yang pandai akan mengajar murid yang lemah. Soalan lebih bertumpu kepada bentuk paper 2. Murid kelas pandai akan menyediakan soalan tanpa pengetahuan murid yang lemah. Murid yang lemah ini akan menyelesaikan di hadapan. Wakil kumpulan yang menjawab dengan betul dikira berjaya mengajar rakannya sehingga dapat menyelesaikan dengan baik.


Dari segi moralnya dapat merapatkan jurang murid yang lemah dengan murid yang pandai. Di samping itu, menggalakkan murid-murid membantu antara satu sama lain dalam pelajaran. Bukan sahaja subjek matematik tetapi dalam apa bidang sekali pun.

15 April, 2009

ANUGERAH NILAM

Anugerah nilam diberikan kepada murid-murid yang berjaya membaca buku mengikut kelayakkan yang telah ditetapkan dalam program itu sendiri.
Projek Nilam telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Zulkifli Hainin, guru besar SK Sungai Buloh pada hari yang sama En. Abdul Rahman Idrus menyampaikan lencana nilam kepada murid yang berjaya.

12 April, 2009

PERSEKITARAN SEKOLAH

Kehijauan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penghuninya.

Panorama persekitaran sekolah dari pelbagai sudut. Sesuai lah dengan tema sekolah dalam taman. Kehijauan tumbuhan yang hidup subur sungguh mendamaikan penghuninya. Sekolah ini pernah menyertai pertandingan 3k dan menyertai projek sekolah lestari. Ini semua tidak akan tercapai tanpa kerjasama dari semua guru dan warganya.

11 April, 2009

PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI KOKURIKULUM


Majlis penyampaian hadiah merentas desa peringkat daerah yang telah diadakan di SK Bandar Tasik Puteri, Rawang. SK Sg. Buloh berjaya juga mendapat tempat. Ini berkait rapat dengan perancangan awal yang telah dirancangkan. Individu lelaki tempat kelima dan pasukan perempuan mendapat tempat ketiga. Seorang peserta lelaki dipilih mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri di Hulu Selangor.

05 April, 2009

AJK INDUK PSS



PUSAT SUMBER SK SUNGAI BULOH
AJK PSS SKSB 2009

PENGERUSI : TN HJ ZULKIFLI B. HJ HAININ
NAIB PENGERUSI : EN SHAMURI BORADI
PN HJH SUMIAH ABD RAHMAN
EN HALIMON SURATMAN
GPM : PN SUZANNA MD SAUD
PEN. GPM / SETIAUSAHA : PN ARBAIYAH SOYONO
BENDAHARI : PN ZAKIYAH ABDULLAH

AJK PUSAT SUMBER 2009

AJK PUSAT SUMBER SKSB 2009
UNIT PERPUSTAKAAN
KETUA : PN NURHAFIZAH YAACOB
S/U : CIK WAN HANINAH WAN HANAFI
AJK : PN NORMALA SANUSE
PN AZLINA EBIL
PN SARIMAH JANTAN
PN ROSMAWATI CHE MAMAT
PN NORAZUWANI MOHD. ARIF
CIK FAUZANA FAEEZ YUSRI
PN FADILLAH CHE WIL
PN ROHANA ARSHAD

UNIT / BILIK MUZIK ( JASMINE )
KETUA : PN ZARINA KARIA
S/U : PN SHAHRUL AIDA BT MAN
AJK : PN ZUHAILY WAN CHEK
PN RAHAYU CHE LAH

UNIT / BILIK BBB ( CELOSIA )
KETUA : PN SANIAH SAMSUDIN
S/U : PN NOR ROSILA NGADIRIN
AJK : PN ADIYATUL ZAILAH MD. SAAD
PN ZAIMAH ABD RAHMAN

UNIT / BILIK APD
KETUA : EN MOHD NASIR DAUD
S/U : PN NURADILAH ROSLAND
AJK : PN ROSNAH NON
EN FARID WAJDI B. DAHALAN

UNIT / BILIK GERAKAN ( KESIDANG )
KETUA : PN ANAZIRA AYOB
S/U : PN MAZLINA MASHUDI
AJK : PN HARINA MAONIE
PN SALWA ABD SALAM

UNIT GALAKAN MEMBACA / NILAM
KETUA : PN UMI KALSOM ARBAIN
S/U : PN ARBAIYAH SOYONO
AJK : SEMUA GURU KELAS
PENYELARAS ALIRAN
GURU DATA NILAM
· PN NOORIZA RAMELAN

UNIT DOKUMENTASI
KETUA : EN HAFIZ BAKHTIAR
S/U : PN WAN PIDURA WAN ALI
AJK : SEMUA S/U PANATIA
S/U UNIT KURIKULUM
S/U UNIT HEM
S/U UNIT KO-KURIKULUM
S/U PENOLONG KANAN PETANG

UNIT AUTOMASI
KETUA : PN HASLIZA HASAN
S/U : PN FARIDAH MAJID
AJK : PN NORMUNYATI HASHIM

UNIT & PPSMI / BSS ( ARANDA )
KETUA : PN SHURIZA SHUKOR
S/U : PN RAHAYU CHE LAH
AJK : SEMUA GURU ETEMS

UNIT & BILIK PUSAT AKSES ( IXORA )
KETUA : PN NORMUNYATI HASHIM
S/U : PN SITI SHUHADA KAMALI
AJK : EN MAZRIZANI ABD HAMID
PN SULIA SUHED
PN LATCHUMY PIRITARISINY
EN MOHD FAIZAL HASSAN

UNIT ICT & BILIK CYBER DIDIK
KETUA : PN SULIA SUHED
S/U : EN ROSZAMRUNI TAPAH
AJK : EN MOHD NOOR YUNUS
PN FADILLAH CHE WIL
PN NORMUNYATI HASHIM

UNIT & BILIK STUDIO ( KEMBOJA )
KETUA : EN NURASYID NOORDIN
S/U : PN ASMIDA MAN
AJK : EN MOKHTAR MAHAMOD

BALAI ISLAM
KETUA : PN AMINAH YAAKUB
S/U : EN MOHD FAIZAL HASSAN
AJK : PN ZAHARAH MAT RASIB
EN JAKARIA AHMAD

BALAI J-QAF
KETUA : PN ROSLINA MUHAMAD
S/U : PN NAZHATUL AKMA HJ. SAMADI
AJK : PN NORAZLINA JUSIN
EN MOHD ROSLI ABDUL RAZAK

MAKMAL SAINS
KETUA : EN MOHD KAMIS KASIRUN
S/U : PN ROSNAH NON
AJK : SEMUA GURU SUBJEK SAINS

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
KETUA : PN ROHANA ARSHAD
S/U : EN MOHD. MOKHTAR MAHAMOD
AJK : SEMUA GURU SUBJEK KH

UNIT LAMAN WEB
KETUA : PAN WAN HANINAH WAN HANAFI
S/U : PN NORHAFIZAH YAAKOB
AJK : PN FARIDAH MAJID
EN MOHD HAFIZ BAKHTIAR

BADAN PENGAWAS PSS
PUSTAKAWAN
KETUA : PN NORHAFIZAH YAAKOB
S/U : CIK WAN HANINAH WAN HANAFI
PENGAWAS CYBER
KETUA : PN SULIA SUHED
S/U : EN ROSZAMRUNI TAPAH
PENGAWAS AKSES
KETUA : PN NORMUNYATI HASHIM
S/U : PN SITI SHUHADA KAMALI
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014