24 January, 2010

AKTIVITI ROAD RUN

Murid-murid perlu mengikuti senaman regangan yang dikelolakan oleh guru praktikum dan dibantu oleh Cikgu Hafiz. Senaman ini penting sebelum murid-murid dilepaskan untuk aktiviti Road Run. Sambutan di kalangan murid-murid sksb amat memuaskan. Penyertaan ini terdiri daripada murid Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 dan penyertaan istemewa daripada murid Pendidikan Khas.


Murid-murid telah bersedia bila-bila masa sahaja untuk dilepaskan. Seperti biasa murid dilepaskan secara berperingkat untuk memastikan keadaan di jalan raya nanti terkawal. Kali ini laluan lelaki dan perempuan adalah sama. Ini disebabkan laluan yang biasa digunakan tahun sebelumnya amat merbahaya. Kawasan berkenaan merupakan laluan lori batu.


Bersemangat murid-murid berlari dan cuba menamatkan larian secepat yang boleh. Apa yang lebih penting laluan kali ini lebih selamat kerana menggunakan kawasan dalam kampung.

Guru yang bertugas digarisan penamat perlu mengambil nama peserta dan direkodkan dalam borang statistik untuk tujuan pengumpulan mata. Setiap peserta yang berjaya mendapat tempat, akan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Mata ini akan diambil kira pada kejohanan sukan akan datang. Rumah Bendahara telah berjaya mengumpul mata paling banyak.

Majulah Sukan Untuk Negara.

12 January, 2010

HARI KUALITI 2009

Pejabat Pelajaran Daerah Gombok telah mengadakan sambutan HARI KUALITI 2009 PADA 12 Januari 2010 bertempat di Perangsang Templer Park, Goif & Resort, Rawang. Sebanyak 15 Kategori Anugerah yang disampaikan pada hari berkenaan. Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.


Alhamdulilah SK Sg. Buloh juga tersenarai sebagai penerima anugerah kualiti berkenaan. SK Sg. Buloh menerima Anugerah Kualiti Lonjakan Saujana tempat pertama dalam UPSR 2009, mendahului SK Selayang Jaya dan SJK(T) Saraswaty yang juga merupakan jiran kami. Tahniah sekali lagi kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus dalam usaha menaikan peratus UPSR.

11 January, 2010

PEMINJAMAN BUKU

PSS akan memulakan operasi peminjaman buku kepada murid-murid bermula pada minggu ketiga sesi persekolahan. Untuk memastikan program automasi berjalan dengan lancar, diminta kepada murid-murid yang belum mempunyai kad pinjaman dapat berurusan dengan Pn. Suzana Md Saud pada waktu rehat.

Kepada murid yang telah ada kad ini, masih boleh digunakan dan kepada yang telah hilang atau telah rosak perlu dapatkan yang baru.

Kepada guru-guru yang ada smart kad boleh daftarkan dalam sistem automasi untuk tujuan peminjaman buku dan bahan-bahan bantu belajar yang terdapat di pss.

Di harap semua pihak dapat memberi kerjasama.

08 January, 2010

PRAKTIKUM

Sepanjang tahun sksb akan menerima guru-guru praktikum dari pelbagai Institusi Pendidikan untuk membuat latihan mengajar bagi memenuhi syarat kursus. Pada hari pertama persekolahan pihak sekolah telah menerima seramai 4 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM), Lembah Pantai Kuala Lumpur. Merekan akan berada di SKSB bermula 4 Januari sehingga 26 Januari 2010 dalam pengkhususan Pra Sekolah.

Guru praktikum ini merupakan pengambilan khas untuk KEMAS di bawah program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ambilan yang ketiga. Guru praktikum ini terdiri daripada:
  • Norashikin Sariff
  • Fauziah Jais
  • Siti Haziera Idris
  • Nurainura Al-Mardhiah Normat
Kami pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani sesi praktikum di sekolah ini.

SELAMAT DATANG GURU BARU


Selamat datang kepada semua guru baru ke SKSB. Semoga selesa menjalankan tugas di sekolah baru dan dapat bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Mereka terdiri daripada:
  • Cikgu Zubaidah bt. Mohd Hanaffiah dari SK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur (opsyen Matematik & Kajian Tempatan)
  • Cikgu Haslina Ismail dari SK Kiaramas, Kuala Lumpur ( opsyen Sains, Pjk & BI)
  • Cikgu Rusmina Damin dari SK Bandar Baru Selayang (2) ( opsyen Muzik, P. Seni & B. Melayu
  • Cikgu Norwani Abdul Hamid dari SK Telok Gading, Klang (opsyen B. Melayu & K.Tempatan)
  • Cikgu Nurul Amira bt. Ab Rahman dari SK Sungai Pinang, Sarawak (opsyen Sains, B.Inggeris & K. Hidup)
  • Cikgu Norsharizan bt. Mohamad Azmi dari SK Gombak Setia (opsyen Sains, Pjk & B. Inggeris)
  • Cikgu Azrizal b. Azemi baru posting. (opsyen bimbingan dan kaunseling)

05 January, 2010

UNIT PENINGKATAN

Semalam 6 Jan 2010 telah diadakan mesyuarat Unit Peningkatan UPSR kali pertama bertempat di Bilik Kesidang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan sendiri oleh Tn. Hj. Zulkifli Hj. Hainin, Guru Besar sksb. Banyak perkara telah dibincangkan untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Aantaranya:

1. Kelas Tambahan
  • Kelas Cemerlang ( Sabtu )
  • Kelas Seri Pagi (7.00 pagi)
  • Kelas Gemilang (8.00 mlm -9.20 mlm )
  • Kelas Harapan (1.30 petang )
  • Kelas Wawasan ( Cuti Sekolah )
2. Program SMART A
3. Program HALUS ( Harus Lulus )
4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
5. Program Motivasi Pengurusan Masa
6. Program Motivasi Sahsiah Diri dan Persediaan UPSR
7. Ujian Penilaian
8. Gerak Gempur
9. Program Kerohanian
10. PROTIM
11. Aktiviti Selepas UPSR
  • Gotong-royong
  • Keceriaan Sekolah
  • Sukaneka
  • Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring
  • Buku skrap
  • Mural
  • Lawatan
  • Jamuan Akhir Tahun
  • Cenderamata
Semua program diatas akan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika semua guru bekerjasama dalam segala aktiviti yang dijalankan.

CERAMAH KEROHANIAN


Unit peningkatan telah berjaya mengadakan ceramah berbentuk kerohanian kepada semua murid Tahun 6. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Buloh Perindu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Jakaria Ahmad.
Diharap dengan adanya ceramah berbentuk kerohanian ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid kita supaya lebih tekun dalam menuntut ilmu. Ceramah kerohanian merupakan pembuka tirai kepada ceramah-ceramah yang lain.

PERJUMPAAN PERTAMA AKTIVITI KOKURIKULUM

Murid-murid begitu teruja untuk hadir pada perjumpaan kali pertama. Kehadiran pada hari itu sungguh memuaskan. Perjumpaan kali pertama melibatkan semua unit. Pada perjumpaan ini guru penasihat diminta melantik AJK dan merancang aktiviti sepanjang tahun 2010.


Murid-murid berada dalam unit masing-masing bersama dengan penasihat. Perjumpaan kali pertama pun murid telah memakai pakaian unit uniform. Tahniah kepada semua murid. Murid-murid juga digalakkan memakai pakaian unit masing-masing pada setiap Hari Rabu.




Tahniah kepada Cikgu Kamis kerana diberi kepercayaan untuk menjadi setiausaha Kokurikulum dan dibantu oleh Cik Fauzana. Kerjasama daripada semua guru adalah penting untuk memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar.

04 January, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi. Guru yang bertugas pada pagi itu ialah Pn. Saniah Shamsudin. Aturcara perhimpunan dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu, diikuti dengan ucapan guru bertugas. Seterusnya ucapan daripada guru disiplin En. Mohd Nor Sharif dan ucapan oleh Guru Besar. Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian dua buah lagu. Murid-murid mula bergerak masuk ke kelas masing-masing.

Hari pertama persekolahan, masing-masing bersemangat. Termasuklah guru-guru berpakaian seragam iaitu berbaju kurung berwarna biru, murid-murid dengan pakaian serba baru dan ibu bapa yang sanggup mengambil cuti pada hari ini semata-mata hadir untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Pada tahun ini yuran persekolah boleh dibayar pada hari pertama persekolah.

Suasana hari pertama di sesi petang. Murid-murid sesi petang berkumpul di kantin sebelum masuk ke kelas. Kemeriahan lebih terasa di sesi petang. Ini kerana ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak di Tahun 1. Guru yang mempunyai anak di Tahun 1 juga mengambil peluang membuat pembayaran yuran pada hari pertama persekolahan. Pn. Sulia Suhed tidak terkecuali beratur di dalam kelas 1 Melor untuk membuat pembayaran yuran.

01 January, 2010

AJK INDUK PSS

PENGERUSI
TN HJ ZULKIFLI B. HJ HAININ

NAIB PENGERUSI

EN ABDUL RAHMAN IDRUS

PN HJH SUMIAH ABD RAHMAN

PN. AIDAH MAT RASIT

EN. SHAMURI BORADI


GPM

PN SUZANNA MD SAUD


PEN. GPM / SETIAUSAHA

PN FARIDAH BINTI MAJID


BENDAHARI

PN ZAKIYAH ABDULLAH

AJK UNIT PSS

UNIT PERPUSTAKAAN

KETUA : PN NURHAFIZAH YAACOB

S/U : CIK WAN HANINAH WAN HANAFI

AJK : PN AZLINA EBIL

PN NORAZUWANI MOHD ARIF

PN SAMRAH SHAMSUDDIN

PN NORSHARIZAN M. AZMI

PN ROSMAWATI CHE MAMAT

PN SARINAH HASHIM

PN FADILLAH CHE WIL

PN JUNAIDAH JAMIL

PN ZUBAIDAH MOHD HANAFIAH


UNIT / BILIK MUZIK ( JASMINE )

KETUA : PN ZARINA KARIA

S/U : PN SHAHRUL AIDA BT MAN

AJK : PN ZUHAILY WAN CHEK

EN MOHD NASIR DAUD


UNIT / BILIK BBB ( CELOSIA )

KETUA : PN NOR AZIZAH OTHMAN

S/U : PN NOR ROSILA NGADIRIN

AJK : EN MOHD NOOR YUNUS


UNIT / BILIK APD

KETUA : PN. LATCHUMY

S/U : PN NURADILAH ROSLAND

AJK : PN ISMALINA ISMAIL


UNIT / BILIK GERAKAN ( KESIDANG )

KETUA : PN ANAZIRA AYUB

S/U : PN HARINA MAONIE

AJK : PN SALWA ABD SALAM

PN MASMULIA BT ABD RAHMAN

PN ZAIMAH ABD RAHMAN


UNIT GALAKAN MEMBACA / NILAM

KETUA : PN UMI KALSOM ARBAIN

S/U : PN ARBAIYAH SOYONO

AJK : SEMUA GURU KELAS

PENYELARAS ALIRAN


GURU DATA NILAM

PN NOORIZA RAMLAN


UNIT DOKUMENTASI

KETUA : EN MOHD HAFIZ BAKHTIAR

S/U : PN WAN PIDURA WAN ALI

AJK : SEMUA S/U PANATIA

S/U UNIT KURIKULUM

S/U UNIT HEM

S/U UNIT KO-KURIKULUM

S/U PENOLONG KANAN PETANG


UNIT AUTOMASI

KETUA : PN HASLIZA HASAN

S/U : PN HASLIZA ISMAIL

AJK : PN FARIDAH BINTI MAJID


UNIT & PPSMI / BSS ( ARANDA )

KETUA : PN SHURIZA MOHD SHUKOR

S/U : PN RAHAYU CHE LAH

AJK : PN NORHANIDA SAAIDIN

EN ANDISYAHDI ABU TALIB


UNIT & BILIK PUSAT AKSES ( IXORA )

KETUA : EN ABDULLAH ABDUL WAHAB

S/U : PN RUSMINA DAMING

AJK : EN MOHD ROSLI ABDUL RAZAK

EN ROSZAMRUNI TAPAH

EN AHMAD SYAFIE GHAZALI

EN MAZRIZANI ABD HAMID

EN NORDIN DAHARI

PN SITI SHUHADA KAMALI


UNIT ICT & BILIK CYBER DIDIK

KETUA : PN SULIA SUHED

PEN. KETUA : EN MOHD FAIZAL HASSAN

S/U : CIK FAUZANA FAEEZ

AJK : EN MOHD NOOR YUNUS

EN AZREEN ABDULLAH

PN SANIAH SHAMSUDIN

SEMUA KETUA PANITIA


UNIT & BILIK STUDIO ( KEMBOJA )

KETUA : EN MOKHTAR MAHAMOD

S/U : PN ASMIDA AHMAD

AJK : EN MOHD KHIDIR MOHD NORDIN


BALAI ISLAM

KETUA : PN AMINAH YAAKUB

S/U : PN RAHAYU CHE LAH

AJK : PN NORHANIDA SAAIDIN

EN ANDISYAHDI ABU TALIB


BALAI J-QAF

KETUA : PN MAZLINA MASHUDI

S/U : PN NAZHATUL AKMA SAMADI

AJK : EN JAKARIA AHMAD


MAKMAL SAINS

KETUA : EN MOHD KAMIS KASIRUN

S/U : PN JUNAIDAH JAMIL

AJK : SEMUA GURU SUBJEK SAINS


BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

KETUA : PN ROHANA ARSHAD

S/U : EN ROSZAMRUNI TAPAH

AJK : SEMUA GURU SUBJEK KH


UNIT LAMAN WEB

KETUA : PN FARIDAH BINTI MAJID

S/U : PN SULIA SUHED

AJK : PN SITI AISHAH JANTAN

EN ZULKIFLI


UNIT BANK SOALAN

KETUA : PN NOR SHARIZAN

S/U : PN FODZIAH K.M NORDIN

AJK : SEMUA PENYELARAS TAHUN 1-6

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014