04 January, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi. Guru yang bertugas pada pagi itu ialah Pn. Saniah Shamsudin. Aturcara perhimpunan dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu, diikuti dengan ucapan guru bertugas. Seterusnya ucapan daripada guru disiplin En. Mohd Nor Sharif dan ucapan oleh Guru Besar. Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian dua buah lagu. Murid-murid mula bergerak masuk ke kelas masing-masing.

Hari pertama persekolahan, masing-masing bersemangat. Termasuklah guru-guru berpakaian seragam iaitu berbaju kurung berwarna biru, murid-murid dengan pakaian serba baru dan ibu bapa yang sanggup mengambil cuti pada hari ini semata-mata hadir untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Pada tahun ini yuran persekolah boleh dibayar pada hari pertama persekolah.

Suasana hari pertama di sesi petang. Murid-murid sesi petang berkumpul di kantin sebelum masuk ke kelas. Kemeriahan lebih terasa di sesi petang. Ini kerana ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak di Tahun 1. Guru yang mempunyai anak di Tahun 1 juga mengambil peluang membuat pembayaran yuran pada hari pertama persekolahan. Pn. Sulia Suhed tidak terkecuali beratur di dalam kelas 1 Melor untuk membuat pembayaran yuran.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014