29 December, 2010

ROMBONGAN MURID CEMERLANG UPSR

Pada 24 hingga 26 Disember 2010, murid Tahun 6 yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dibawa melawat ke negeri Perlis Indera Kayangan. Rombongan ini telah ditaja sepenuhnya oleh PIBG SK Sungai Buloh, bagi meraikan kejayaan mereka semua. Seramai 30 orang murid dan 10 orang guru pengiring telah menyertai rombongan yang julung kali diadakan.

Peserta rombongan menginap di Hotel Pauh Inn Educational Tranning Center, milik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Perlis. Kami menggunakan perkhidmatan bas politeknik sebagai pengangkutan sepanjang berada di Perlis.

Taman Ular & Reptilia Sungai Batu Pahat, Perlis merupakan salah satu destinasi lawatan rombongan kami. Di taman ini terdapat pelbagai spesis ular, biawak, buaya, kura-kura dan sebagainya.

Ekspedisi yang mencabar di Gua Kelam apabila peserta rombongan terpaksa berjalan kaki menggunakan terowong bijih timah sejauh 1.2 km pergi dan balik. Keindahan di dalam terowong tersebut membuatkan peserta terpegun seketika.

Bergambar bersama dengan rakan-rakan di luar Gua Kelam. Pengalaman mereka menyertai rombongan terakhir semasa berada di sekolah rendah akan menjadi kenangan terindah. Ada sesetengah daripada mereka, kali pertama menaiki keretapi.

Peserta rombongan bersedia menunggu ketibaan keretapi dari stesen pertama di Padang Besar dan Stesen Arau merupakan stesen yang kedua. Ketibaan keretapi tepat seperti yang dijadualkan iaitu pada pukul 7.00 malam. Perjalanan dari Arau ke Sungai Buloh mengambil masa selama 10 jam.

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam peperiksaan UPSR 2010. Di harap mereka semua dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah menengah dan seterusnya hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

01 December, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENGAWAS PSS

Pengawas Pusat Sumber bergambar selepas majlis penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana telah memberi komitmen terhadap tugas yang diamanahkan. Guru Media Pn. Suzanna Md. Saud berbesar hati memberi sedikit cenderahati.

Pengawas PSS tahun ini, insya Allah akan meneruskan tugas yang diamanahkan pada tahun hadapan. Di harap lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dengan lebih baik lagi.

Pengawas Pusat Akses SKSB

Pengawas Siber Didik SKSB

Pengawas yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Tokoh Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2010.

18 November, 2010

KEPUTUSAN UPSR SKSB

ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN UPSR TAHUN 2009 & 2010

MATA PELAJARAN

2009

2010

BM (PEMAHAMAN)

92.3%

94.6%

BM (PENULISAN)

86.7%

88%

BAHASA INGGERIS

64.6%

77.6%

MATEMATIK

86.7%

87.3%

SAINS

87%

87.9%



RUMUSAN PENCAPAIAN SEKOLAH

TAHUN

2009

2010

BILANGAN CALON

181

166

BILANGAN CALON 5A

13

16

PERATUS CALON 5A

7,2%

9.6%

BILANGAN CALON LULUS

SEMUA MATA PELAJARAN

117

120

PERATUS KESELURUHAN

64.6%

72.29%

GRED PURATA SEKOLAH

2.42

2.23


TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKSB.

25 October, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA DI FRIM, KEPONG

Pada 12 Oktober hingga 14 Oktober telah diadakan perkhemahan Perdana di FRIM Kepong yang melibatkan penyertaan daripada semua unit beruniform yang terdiri daripada murid tahap 2. Tapak perkhemahan Kem Perah ini mempunyai kemudahan dan cukup selesa untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah meniti jambatan gantung untuk melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di Hutan Ladang FRIM, Kepong. Aktiviti ini menguji kecekalan murid untuk mengharungi jambatan gantung yang panjang dan cukup mengayatkan.

Mengambil kesempatan untuk merasai kesejukan air, yang terdapat di anak sungai di dalam hutan tersebut. Air sungai ini sungguh jernih.

Barisan guru yang terlibat secara langsung dan ada juga terlibat secara bergilir-gilir sepanjang perkhemahan tersebut.

Aktiviti senaman pagi sebelum melakukan aktiviti seterunya. Jelas di wajah mereka yang terlibat penuh keseronokkan dengan pengisian yang berbeza daripada perkhemahan sebelum ini.

30 August, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Guru Besar menerima watikah oleh wakil pengakap.

Seperti mana yang kita sedia maklum bulan Ogos merupakan Bulan Kemerdekaan. Di mana-mana sahaja kita boleh melihat Jalur Gemilang dikibar sepanjang bulan ini. Tahniah kepada Panitia Kajian Tempatan bekerjasama dengan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan kerana telah berjaya melancarkan bulan panitia. Bulan panitia ini akan berakhir pada penghujung bulan September.

Watikah yang diterima oleh guru besar akan dibaca dan secara rasminya akan melancarkan Bulan Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.

Guru Besar akan melepaskan seekor burung merpati sebagai simbolik negara kita telah bebas daripada penjajahan. Tahun ini merupakan tahun ke 53 negara kita telah mencapai dan mengecapi kemerdekaan. Tema hari kemerdekaan tahun ini ' 1 Malaysia Menjana Transformasi'

Bersemangat murid-murid mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik bersama-sama.

25 August, 2010

PENGISIAN DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulilah, hari ini sudah 16 hari kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Pelbagai aktiviti dijalankan di bulan mulia ini. Antara aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam ialah Tadarus Al-Quran, Solat Hajat dan Solat Dhuha yang melibatkan murid tahun 6 dan guru-guru. Aktiviti ini berjalan sepanjang bulan Ramadhan.

Murid-murid berjemaah bersama dengan guru pada waktu rehat. Solat ini diadakan di dewan sekolah.

22 August, 2010

PERTANDINGAN NASYID

Para juri yang terlibat untuk mengadili pertandingan ini.

Pada hari Sabtu, telah diadakan aktiviti panitia Pendidikan Islam sempena bulan panitia. Pertandingan nasyid ini disertai oleh wakil setiap kelas. Sambutan di kalangan murid-murid amat menggalakkan. Pemilihan lagu, latihan, semuanya dijalankan sendiri oleh murid-murid. Aktiviti sebegini sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat mereka.

Murid-murid yang tidak mengambil bahagian, turut berada di dewan untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan.

Murid-murid berada dalam keadaan selesa dalam majlis ilmu yang diadakan pada bulan puasa.

18 August, 2010

PERHIMPUNAN KOKO BAGI BULAN OGOS

Pada hari Rabu minggu ketiga setiap bulan akan diadakan Perhimpunan Khas Kokurikulon. Semalam seperti yang dijadualkan, semuanya berjalan dengan lancar. Perhimpunan kali ini telah dikelolakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dengan dibantu oleh guru penasihatnya.

Persembahan nyayian oleh ahli persatuan.

Tunjuk cara pertolongan cemas bagi mereka yang mengalami kecederaan yang melibatkan patah.

Tunjuk cara, cara memberi pertolongan kepada mereka yang mengalami kecederaan seperti luka. Langkah-langkah untuk memberi pertolongan ditujukkan oleh ahli persatuan PBSM.

Sebahagian murid yang memakai pakaian unit beruniform mengikut unit masing-masing semasa perhimpunan. Murid cukup bersemangat dengan pakaian masing-masing.

10 August, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Mereka yang berjaya mendapat 5A dalam percubaan peringkat negeri.

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dapat 5A dan 4A dalam peperiksaan percubaan yang diadakan beberapa minggu yang lalu. Diharap kejayaan mereka ini akan menjadi peransang dan dorongan kepada rakan-rakan mereka yang lain supaya terus berusaha untuk mengejar impian.

Kita harapkan mereka tidak leka dengan pencapaian yang telah mereka perolehi ini, kerana masih ada peperiksaan yang perlu mereka hadapi yang menjadi penentu segalanya.

PELANCARAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Pada hari Isnin 9 Ogos, telah diadakan pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang bulan ini. Bertepatan sekali pemilihan bulan ini sebagai bulan panitia ini kerana pengisiannya nanti dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

Antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang bulan ini ialah tadarus Al-Quran bagi guru-guru dan murid-murid.


Guru Penolong Kanan dibantu oleh cikgu Hafiz bersiap sedia untuk menaikkan helikpter kontrol sebagai simbolik untuk pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam.

Jika kita perhatiakan helikopter yang membawa banner mini selamat dinaikkan. Pelancaran seumpama ini kali pertama dilakukan dan mendapat tepukkan gemuruh di kalangan murid-murid.

Tahniah kepada semua Ajk yang terlibat.

09 August, 2010

LAWATAN SEHARI KE MELAKA

Pada hari Sabtu 7 Ogos, Panitia Pendidikan Seni mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru yang menyertai lawatan sehari tersebut. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga seni warisan supaya terus terpelihara dan menjadi khazanah yang berharga kepada generasi akan datang.

Antara tempat yang mereka lawati seperti Banda Hilir, menyusuri Sungai Melaka menaiki cruise, melawat ke perkampungan Mortem dan singgah di Taman Buaya sebelum bertolak balik ke sekolah.


Beratur keluar dari Taman Buaya, menuju ke bas yang sedia menunggu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Antara tempat yang paling mendapat sambutan di kalangan murid-murid ialah rumah hantu.

Murid bergambar kenangan di Taman Buaya. Salah satu taman mini yang menempatkan replika bangunan mercu tanda negara.

Wajah kepenatan, setelah seharian berjalan di Banda Hilir. Tahniah kepada semua AJK Panitia Pendidikan Seni kerana berjaya mengadakan lawatan sehari ke Melaka. Lawatan yang boleh dikatakan mendapat sambutan di kalangan murid-murid.

KEM BESTARI SOLAT

Pada hari Sabtu 7 Ogos, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat. Pengisiannya lebih kepada Solat Jenazah. Penceramah ialah Ustazah Jakaria Ahmad. Murid juga diberi peluang untuk membuat praktikal secara beramai-ramai. Penyertaan semua murid Tahap 2.

Di samping itu diselitkan tayangan video tentang seksaan kubur. Di harap memberi pengajaran kepada murid supaya menjaga tingkah laku di dunia dan sentiasa bersedia untuk mengadap pencipta apabila tiba masanya.

Latihan pratikal solat jenazah yang diadakan di kantin sekolah.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Jakaria Ahmad.

Murid-murid melakukan solat jenazah beramai-ramai.

Latihan secara berkumpulan juga turut diadakan. Gambar di atas, solat jenazah diimamkan oleh Hafiz ketua pengawas sksb.

Murid-murid begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Kem Bestari Solat ini, amat berguna kerana dapat memberi pendedahan awal kepada murid-merid tentang solat jenazah. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjalan adakan program seperti ini.

05 August, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

Pada 5 Ogos 2010, Ajk Unit Keselamatan telah berjaya mengadakan latihan kebakaran dengan kerjasama pihak Bomba Sungai Buloh. Latihan sebegini amat penting untuk memberi pendedahan awal kepada semua warga SKSB untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Persediaan awal perlu, bagi memastikan kita tidak panik pada masa kejadian yang sebenar. Malang tidak berbau, jadi kita perlu bersedia.

Kesimpulannya, latihan semalam berjaya dilakukan dengan baik. Terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan latihan kebakaran peringkat sekolah.

Ceramah ringkas disampaikan oleh pegawai yang bertugas.

Pihak bomba menyelamatkan mangsa yang tercedera di tingkat 3 bangunan.

Tunjuk cara memadam kebakaran menggunakan bahan pemadam api.

Mangsa diberi bantuan awal oleh guru-guru yang bertugas.

Ketangkasan pihak bomba, bertindak untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di tingkat 3.

04 August, 2010

HARI SENAM SENI & KEUSAHAWANAN

Pada 31 Julai 2010, sekolah telah berjaya mengadakan program Senam Seni dah Hari Keusahawanan. Program ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyediakan kemudahan kepada murid-murid sekolah ini bagi mendapat kemudahan yang lebih selesa. Sesuatu program itu tidak akan berjaya jika tiada kerjasama daripada semua pihak.

Sekolah berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat setempat yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk.

Perlawanan futsal, merupakan salah satu aktiviti yang mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

Persembahan tarian oleh bekas murid sksb, turut memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut.

Gerai yang paling mendapat sambutan daripada pengunjung.

Gerai ini pun, sambutan amat menggalakkan.

Suasanan di tapak berlangsungnya aktiviti Hari Keusahawanan.

Murid-murid yang terlibat dalam persembahan tarian semasa hari Senam Seni.

Pihak luar yang turut serta dalam program ini, bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan teratur.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014