21 September, 2011

BANJIR MELANDA SKSB

Pada hari Rabu (14 Sept 2011) yang lepas, SK Sungai Buloh terlibat dengan banjir yang paling teruk dalam tahun ini. Hujan turun selama beberapa jam menyebabkan sungai berdekatan tidak dapat menampung air menyebabkan melimpah ke kawasan sekolah.

Paras air di hadapan kelas Pendidikan Khas. Paras air melepasi lutut murid-murid.

Jalan utama di hadapan sekolah tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Banyak kenderaan terkandas.

Ibu bapa dan penjaga menunggu anak-anak di luar kawasan sekolah.

Paras air di hadapan sekolah. Selalunya tempat ini digunakan oleh guru-guru untuk parking kereta. Nasib baik semua kereta guru sempat dialihkan ke tempat yang selamat.

Paras air di kantin sekolah hampir paras paha orang dewasa.

Kawasan padang sekolah yang dipenuhi dengan air.

Tapak perhimpunan dipenuhi dengan air.

Banjir sebelum ini, astaka tidak ditenggelami air. Tapi kali ini, astaka ditenggelami air. Ini bermakna banjir kali ini paling teruk. Boleh dikatakan 100% kawasan sekolah ditenggelami air.

14 September, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Tempahan mengikut klasfikasi mejadan kerusi:

MEJA:
VVIP - RM 3 000
Mawar - RM 1 500
Melor - RM 1 000
Kenanga - RM 500
Kekwa - RM 300

KERUSI:
VVIP - RM 3 00
Mawar - RM 1 50
Melor - RM 1 00
Kenanga - RM 50
Kekwa - RM 30

Adalah dimaklumkan kepada Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh akan mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam. Butiran seperti yang tertera pada kad Jemputan.

Untuk makluman pihak Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, majlis ini diadakan untuk menjana dana PIBG bagi tujuan pengurusan seperti berikut.
  • Membantu program murid-murid di dalam bidang Kurikulum, Ko-kurikulum dan HEM.
  • Membaikpulih kerosakan peralatan bilik darjah kesan daripada banjir kilat sering melanda.
  • Membina surau sekolah.
Pihak PIBG dan SK Sungai Buloh memohon jasa baik dan kerjasama pihak Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, untuk merealisasikan program ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan / cek kepada "Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Buloh" sebelum atau pada 8 Oktober 2011 (Sabtu).

Sebarang pertanyaan daripada pihak Datuk, Dato', Datin, Tuan dan Puan, sila hubungi di talian telefon 03-61561669 (pejabat sekolah) atau 019-2757029 Encik Mohamad Nor b. Sharif (Setiausaha PIBG) atau 019-6565520 Encik Andisyady b. Abu Talib (Bendahari PIBG).

02 September, 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 15 Ogos yang lepas, Panitia Kajian Tempat bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah berjaya melancarkan Bulan Panitia dan digabungkan sekali Bulan Kemerdekaan.

Pn. Aidah Mat Rasit (PK Kokurikulum) telah merasmikan pelancaran Bulan Panitia dan Bulan Kemerdekaan.

Majlis pelancaran ini telah dipengerusikan oleh Pn. Sharizan Mohd Azmi dan dibantu oleh Pn. Rosma Aina.

Telah dilancarkan dengan rasminya.

Persembahan nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid Tahun 5 Mawar.

Kemeriahan Bulan Kemerdekaan dapat dirasai apabila semua warga sksb sama-sama menyanyikan lagu 'Tanggal 31 Ogos' sambil mengibarkan jalur gemilang.

Murid-murid, bersama dengan jalur gemilang masing-masing.

20 August, 2011

SI COMEL KUNTUM

Sempena dengan Bulan Pusat Sumber pada kali ini, majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil Majalah Kuntum yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke sekolah kami.

Kehadiran Pihak Majalah Kuntum ke sekolah SK Sungai Buloh pada 14 Julai 2011 yang lepas telah mencuit hati murid-murid di sekolah ini dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Pengawas PSS bergambar bersama dengan maskot Si Comel.

Keceriaan guru-guru bersama Si Comel.

Hai.. adik-adik!!!

Murid-murid berpeluang bergambar beramai-ramai.

Sesi bergambar bersama Si Comel tidak dilepaskan oleh murid-murid SKSB.

25 July, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI

Kepada semua murid Tahun 6, selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan Negeri bermula esok 26 Julai sehingga 28 Julai 2011. Peperiksaan ini dianggap penting dan buat yang terbaik. Guru-guru sksb sentiasa mendoakan yang terbaik.

28 March, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA

Pada minggu yang lepasa, 23 Mac 2011 Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan sehari ke Kuala Lumpur. Antara tempat yang dilawati, Pusat Sains Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Sekolah Rendah (L) Methodis, Kuala Lumpur.

Rombongan ini telah disertai seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 5.

Bergambar di Pusat Sains Negara sempena dengan pameran dinasour.

Di ruang utama Pusat Sains Negara.

Bergambar di depan kedai buku, Dewan Bahasa dan Pustaka

Antara aktiviti yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

17 March, 2011

SELAMAT BERCUTI

Semua Ajk Unit PSS ingin mengucapkan selamat bercuti panjang kepada Puan Suzanna. Kami juga mendoakan agar Puan dipermudahkan bersalin anak yang kedua. Tarikh jangkaannya pada 20 Mac 2011 ini. Saya difahamkan Puan akan mengambil cuti bersalin selama 3 bulan.

Semua urusan Guru Media akan digalas oleh Puan Norhanida selaku pembantu GPM.

27 February, 2011

BENGKEL PROSES BUKU

Cikgu Azlina menunjukkan cara menampal nombor perolehan dengan betul.

Pengawas Pusat Sumber tekun menampal nombor perolehan buku yang telah siap diproses.

Semua buku yang telah diproses, akan diletakkan di atas rak dipinjam oleh murid-murid.

Pengawas dipantau oleh guru, agar tidak melakukan kesilapan semasa menampal nombor perolehan. Nombor ini penting untuk kegunaan Automasi atau sistem pinjaman berkomputer.

Buku yang telah siap diproses.

PK Pentadbiran, turun padang memerhati guru-guru dan murid mengemaskini Pusat Sumber.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan Pengawas Pusat Sumber yang telah menjayakan bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan pada 26.02.11 dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Fokus utama bengkel ini adalah untuk mengemaskini dan memasukkan data ke dalam sistem automasi.

Selain itu, guru-guru dan pengawas juga bersama-sama memproses buku dengan menampal 'bar code', sticker dan slip pemulangan supaya buku-buku ini dapat dipinjam oleh murid-murid. Semua buku baru yang ada di dalam stok dapat diproses pada hari tersebut. InsyaAllah, pada masa akan datang pihak PSS akan cuba memperbaik buku-buku yang rosak.

21 February, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada Hari Khamis (17 Februari 2011) yang lepas. Program seperti ini wajar diteruskan di masa akan datang supaya anak-anak kita sentiasa diingatkan akan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Program sambutan Maulidur Rasul kali ini dimeriahkan lagi dengan kumpulan Nasyid Nowseeheart. Murid-murid dapat memberikan perhatian mengenai isi ceramah yang disampaikan dengan pendekatan yang digunakan. Ceramah yang disampaikan diselitkan dengan nyanyian.

Terima kasih kepada semua ahli kumpulan Nasyid Nowseeheart kerana sudi memenuhi jemputan kami.

Murid-murid membuat persembahan lagu-lagu nasyid. Kumpulan ini telah dilatih oleh Cikgu Shahrul Aida dan Cikgu Fauzana.

Warga kerja yang bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Sesuatu program yang ingin dilaksanakan tanpa kerjasama daripada semua pihak tidak mungkin berjaya.

05 February, 2011

KEJAYAAN MURID-MURID UPSR 2010 DIRAI

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Kejayaan mereka telah diraikan dengan penyampaian sedikit cenderamata daripada PIBG dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 31 pada 30 Januari yang lepas.

04 February, 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS PSS

Pengawas Perpustakaan

Majlis perlantikan pengawas pusat sumber telah diadakan pada 24 Januari 2011. Pengawas PSS ini telah dibahagikan kepada tiga unit kecil iaitu pengawas siber didik, pengawas pusat akses dan pengawas perpustakaan.

Tahniah kepada GPM Pn. Suzanna Saud kerana berjalan mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber ini berjalan dengan lancar. Diharap dengan perlantikan ini dapat memberi semangat kepada semua pengawas agar menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Pengawas Siber Didik

Pengawas Pusat Akses

MERENTAS DESA

Acara Merentas Desa SKSB telah berlangsung pada 21 Januari 2011 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program sekolah.

Sebelum acara bermula, murid-murid membuat senaman regangan untuk memastikan tiada kekejangan otot berlaku nanti. Aktiviti regangan ini telah dikelolakan oleh Cikgu Hafiz, Cikgu Shafie dan Cikgu Mohd Noor.

Murid-murid mendengar taklimat, sebelum acara pelepasan dilakukan. Ini penting bagi memastikan keselamatan murid terjamin. Ini disebabkan, laluan yang terlibat sesak dengan kenderaan yang bertali arus. Ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan.

Ikut apa yang disuruh.

Murid bersemangat untuk melakukan larian.

Masing-masing kepenatan. Tahniah kepada semua kerana berjaya menamatkan larian. Kepada murid-murid yang mendapat tempat dalam larian syabas. Anda adalah murid yang dicari untuk mewakili dalam acara merentas desa di peringkat daerah nanti.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014