29 December, 2009

MESYUARAT GURU SESI 2010

Bermula pada hari Isnin (28 Dis 2009) sehingga hari Khamis (31 Dis 2009) akan diadakan mesyuarat-mesyuarat pengurusan sebagai persiapan menjelang sesi persekolah 2010. Barisan peneraju kecemerlangan SKSB pada tahun ini tidak berubah seperti tahun lepas. Banyak maklumat akan disampaikan untuk memastikan perjalanan sesi persekolahan yang akan bermula 4 Jan 2010 berjalan dengan lancar. Guru besar berharap sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan pada hari pertama persekolahan.

Minggu ini sememangnya guru-guru sibuk dengan mengemas kelas-kelas dan bilik-bilik khas untuk memastikan berada dalam keadaan bersih. Ini penting supaya murid dapat belajar dengan selesa pada hari pertama persekolahan.

Pada hari pertama hanya diadakan mesyuarat guru dan mesyuarat kelab staf.
Pada hari kedua, tertumpu kepada mesyuarat Unit Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid.
Hari Rabu akan diadakan mesyuarat Unit ICT, Unit PSS, Unit PPSMI dan Panitia Bahasa Melayu. Manakala pada hari Jumaat akan diadakan mesyuarat Panitia-panitia yang lain.

25 December, 2009

PERSIAPAN MENJELANG SESI BARU

Tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus membantu pihak pentadbir dalam menyiapkan segala persiapan untuk mesyuarat guru kali pertama yang akan bermula pada
28 Dis 2009.
Mesyuarat aku bermula pada pukul 8.00 am
dan bertempat di Bilik Kesidang.

Selamat datang kepada semua rakan guru dan guru-guru baru ke SKSB. Kami warga sksb mengalukan kedatangan semua. Mudah-mudahan kehadiran tahun baru ini penuh dengan azam baru untuk mempertingkan lagi prestasi pencapaian sekolah ini.

08 December, 2009

SALAM PERPISAHAN

Setiap pertemuan begitu indah untuk dikenang. Tetapi pertemuan yang diharapkan akan berpanjangan tidak kesampaian. Tuntutan kerja memaksa perpisahan berlaku. Dalam situasi begini sudah tentu kita merelakan mereka yang kita sayang pergi meneruskan perjuangan di tempat yang baru.

Mereka juga berperasaan seperti kita juga tidak mahu meninggalkan anak murid tersayang dan rakan taulan yang telah lama mereka dekati. Sebagai rakan sekerja kita mengucapkan tahniah kerana permohonan perpindahan ke sekolah baru telah dipertimbangkan. Permohonan diluluskan. Kepada guru berkenaan selamat bertugas di tempat baru dengan suasana baru.

Kita semua akan kehilangan guru-guru ini
  • Pn. Normala Sanuse
  • En. Nurasyid Nordin
  • Pn. Normunyati Hashim
  • En. Narasiman
  • En. Farid Wajdi Dahalan
Tidak lupa juga nak mengucapkan selamat datang kepada bekas guru yang pernah berkhidmat di sini iaitu Pn. Samrah Shamsuddin. Alhamdulilah mereka yang bertukar ke sekolah ini pun telah pun melapor diri.

'SELAMAT DATANG KEPADA GURU-GURU '

28 November, 2009

KEJAYAAN MILIK SEMUA

Murid perempuan yang berjaya mendapat 5A. Kejayaan hari ini merupakan permulaan yang baik untuk diteruskan lagi di masa akan datang. Rebut peluang yang ada, dan jangan sesekali leka dengan kejayaan yang dimiliki pada hari ini sehingga terlupa yang kejayaan tidak datang bergolek tanpa berusaha.

Mereka yang berjaya diberi peluang untuk berkongsi tips belajar yang diamalkan sehingga mereka bergelar seorang murid yang berjaya dalam pelajaran. Kejayaan mereka sedikit sebanyak dapat memberi dorongan kepada adik-adik di SKSB supaya lebih berusaha lagi untuk menaikkan nama sekolah dan diri sendiri di masa akan datang.

Kegembiraan di wajah mereka yang mendapat 5A. Tahniah kepada Lokman, Iman, Hikmah, Farhana dan semua yang mendapat 5A. Minta maaf lah, cikgu update blog nie semasa di kampung. Jadi nama yang ingat je cikgu tulis.

TANGISAN SEORANG GURU

WAJAH GURU-GURU TAHUN 6 SESI 2009

Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Azizah dan Cikgu Wan Pidura. Saya terkejut juga bila melihat rakan guru menangis kerana terlalu gembira di atas kejayaan anak muridnya. Antaranya cikgu wani dan cikgu wan pidura. Murid tahun 6, tahun ini telah berjaya membuatkan guru mereka menangis kegembiraan. Tahniah kepada semua murid tahun 6. Kepada mereka yang gagal masil belum terlewat untuk tebus kembali kesilapan.

Terpancar di wajah Cikgu Sulia dan Cikgu Normala takala diumumkan keputusan UPSR baru-baru ini. Kejayaan ini mungkin juga hadiah terakhir untuk sekolah daripada cikgu Normala. Tidak dapat dinafikan beliau memang bekerja keras untuk menaikkan peratus dengan dibantu oleh rakan-rakan guru yang lain. Saya dapat tahu Pn. Normala telah pun diluluskan pertukarannya ke sekolah baru bermula 1 Disember nie. Sekolah kehilangan bukan seorang tapi beberapa orang guru bermula sesi persekolahan nanti. Antaranya

26 October, 2009

HARI SENAM SENI & HARI KANTIN

Pada hari Ahad yang lepas sekolah SKSB telah berjaya menganjurkan Hari Kantin dan Hari Senam Seni bagi mengumpul dana sekolah. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan lancar. Kehadiran tetamu pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Ini merupakan program besar sekolah dan program terakhir sekolah untuk tahun 2009.

Guru hari ini memang serba boleh, dalam gambar di atas jelas menunjukkan guru sekolah SKSB begitu komited untuk membantu sekolah dalam menjayakan hari kantin. Semua dana ini akan digunakan untuk kemudahan warga SKSB. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini membolehkan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar.

Hari kantin dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan muzik kampung melayu. Mereka ini secara tidak langsung telah menghiburkan tetamu yang datang. Nyanyian mereka ini, menjadi salah satu daya tarikan kepada tetamu yang datang.

Guru-guru bekerja keras menjual pelbagai masakkan untuk mengutip dana sekolah. Cikgu Ameeta begitu bersemangat menyusun mangkuk bihun sup. Semua persiapan ini dibuat pada hari sebelumnya untuk memastikan perjalanan hari kantin berjalan dengan lancar dan makanan mencukupi mengikut jualan kupon yang telah dijual hari sebelumnya.

Pada sebelah pagi telah diadakan senaman senam seni yang dikelolakan oleh kakitangan KEKWA bertempat di padang sekolah. Penyertaan kali ini amat menggalakkan. Antara tetamu yang turut serta pada pagi itu, YB Bushro Mat Jusoh, Dato Razak Kechik, Tn. Haji Sahar, guru-guru, penduduk setempat dan murid-murid.

BORIA KUMPULAN 4 UNISEL


Salam sejahtera kami ucapkan,

Pada guru-guru, rakan dan taulan,
Boria group UNISEL kami persembahkan,
Semoga terpahat dalam ingatan.

Di padang SKSB, kami bercamping,
Selama 4 hari, tak puas lagi,
Bermacam cabaran, kami tempuhi,
Hujan ribut pun kami tak peduli.

Semangat 1 Malaysia kami terapkan,
Sifat kerjasama kami amalkan,
Nilai-nilai murni terus ditepati,
Semoga hidup aman dan harmoni.

Bermacam aktiviti, lakukan bersama,
Dari yang lama sehingga yang semasa,
Melatiih diri tuk bekerjasama,
Dalam situasi yang berbeza-beza.

Harapan kami sangatlah tinggi,
Bak gunung berapi, kami jelajahi,
Walau setiap hari kami dimarahi,
Kami tetaplah bersemangat tinggi.

Hasil Nukilan:
Isma Haikal, Wan Hasbullah, Alfiqmal, Najah Farahin,
Iman, Siti Marhani, Sharifah, Nursyuhada, Farah Aina, & Nurul Naqiah.

24 October, 2009

KEM 1 MALAYSIA



Program Kem 1 Malaysia ini sebenarnya telah memberi pengalaman baru kepada murid-murid. Banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang 4 hari. Penyertaan murid juga amat menggalakkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua juru latih pusat ko tekali, guru-guru, serta semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan kali ini.

22 October, 2009

JAMUAN HARI JADI & HARI RAYA

Anak-anak guru sksb setiap tahun akan mengadakan majlis hari jadi dan jamuan hari raya. Tahun ini majlis telah diadakan di kantin sekolah.
Ini merupkan salah satu acara Taska Honey Tasnim yang terletak di dalam kawasan sekolah.

Ini baru 2 biji kek. Sebenarnya ada banyak lagi kek.

Setiap anak-anak akan dapat hadiah. Tengoklah tu masing-masing dengan plastik besar. Aishah pun dapat jugak ke hadiah.

Mereka bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari lahir sebelum kek itu selamat dimakan. Jimat sikit duit untuk sambut besday. Sebab sambut ramai-ramai.

Dari kiri, Fadzillah, Che Yom, Asiyah Bee dan Sholihah.
Wajah ibu-ibu taska yang bertungkus lumus menjaga anak-anak cikgu.

PROGRAM KEM 1 MALAYSIA

Bergambar beramai-ramai selepas tamat majlis perasmian dan penutupan perkhemahan Kem 1 Malaysia yang diadakan di SKSB bermula 19/10 hingga 22/10. Penyertaan peserta seramai 159 orang murid Tahap Dua.

Terpamer di wajah murid-murid kepenatan berkhemah selama empat hari. Murid-murid telah bersiap sedia menunggu majlis penutupan dimulakan.
Bergambar beramai-ramai di hadapan Memorial Tun Abdul Razak... Ini merupakan destinasi yang terakhir lawatan Kem 1 Malaysia sekitar Kuala Lumpur.

Murid-murid seronok dapat melawat walaupun hanya di sekitar Kuala Lumpur. Ada juga sesetengah murid tidak pernah pun melawat ke tempat-tempat yang kami pergi.

Panorama tapak perkhemahan yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Rezeki kami, keadaan cuaca selama 4 hari cukup baik. Murid-murid dapat meneruskan perkhemahan dan menginap di dalam khemah yang telah disediakan.

14 October, 2009

AKTIVITI SEPANJANG BULAN PSS


Bulan PSS ini adalah anjuran bersama bulan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah poster promosi sepanjang bulan PSS. Sepanjang bulan PSS ini diadakan berbagai aktiviti mengikut tahun. antaranya :
1) Pertandingan eksplorace ( tahun 6 )
2) Pertandingan melukis poster Satu Malaysia ( tahun 5 )
3) Pertandingan Bercerita ( tahun 3 & 4 )
4) Pertandingan deklamasi sajak ( tahun 2 )
5) Pertandingan mewarna ( tahun 1, Pra sekolah & Pendidikan Khas )
6) Pertandingan mencipta komik ( terbuka kepada semua murid )
7) Pertandingan kuiz PSS ( terbuka kepada semua murid )

Diharap murid dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. tarikh tutup bagi semua pertandingan adalah pada 22 Oktober 2009 iaitu hari Khamis. Hadiah akan disediakan.

Pada 7 Oktober diadakan ceramah kesihatan mengenai Penyakit Denggi dan bahaya nyamuk Aedes. Ceramah ini melibatkan semua murid tahun 4 dan 5. Penceramah ini adalah wakil dari Kementerian Kesihatan.

MAJLIS PERASMIAN BULAN PSS 2009



Pada 5 Oktober 2009, majlis pelancaran bulan Pusat Sumber telah diadakan di SKSB. Sambutan bulan PSS ini bermula dari 5 Oktober sehingga 30 Oktober. Majlis ini dirasmikan oleh En Abdul Rahman Idrus. Majlis dimulakan dengan ucapan Pn Suzanna Md Saud selaku GPM yang seterusnya menjemput En Abdul Rahman Idrus untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan pelancaran Bulan PSS. Seterusnya, majlis diserikan dengan persembahan murid dari 6 Melur iaitu gurindam yang bertajuk " Membaca Menjana Minda'.

Gurindan ini ditulis oleh Mas Adeki. hayatilah bait-bait gurindam ini.
Banyak membaca fikiran kaya,
rajin berusaha pasti berjaya.

Jika rajin membaca buku,
otak cerdas tidaklah beku.

Buku menjana minda anda,
boleh dibaca di mana berada.

Pembaca bijak seronok membaca,
mudah kenal intan atau kaca..................


untuk kata-kata seterusnya, bolehlah datang ke PSS untuk mencari buku ini. Gurindam ini di ambil dari buku yang bertajuk 'Lautan kasih berpantai sayang'.

KECERIAAN PSS

Pada 30 September 2009, AJK PSS sesi pagi telah bersama-sama membuat keceriaan di PSS. antara AJK yang hadir ialah ialah yang terdapat di dalam gambar. Selain itu, ada juga AJK yang lain hadir yang tidak terdapat dalam gambar iaitu Pn Normala Sanuse dan Pn Umi Kalsom. terima kasih diucapkan kepada AJK yang hadir dan ikhlas membuat keceriaan PSS. harap-harap AJK akan sentiasa memberi kerjasama dalam meningkatkan keceriaan PSS.

11 October, 2009

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Sebahagian gelagat anak murid bila gambarnya dirakam semasa aktiviti rebut kerusi diadakan di tapak perhimpunan sekolah.

Aktiviti selepas UPRS bukan sahaja menyeronokkan murid, tapi ada sesetengah aktiviti cikgu pun boleh turut serta. Tengok dalam gambar tu, bukan main seronok lagi Cikgu Mohd Noor melayan kerenah anak muridnya. Aktiviti sebegini sebenarnya sedikit sebanyak dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

HARI TERAKHIR UPSR

Pn. Normala dan Pn. Azlina memberi peringatan kepada murid-murid supaya tidak sesekali ponteng sekolah walaupun perperiksaan telah pun tamat. Ini kerana banyak program selepas UPSR akan dijalankan. Termasuklah program protim Bahasa Melayu dan Matematik.

Wajah-wajah mrid Tahun 6 yang baru sahaja tamat peperiksaan. Mereka begitu seronok, sekurang-kurangnya mereka telah buat yang terbaik. Murid mendegar pesanan daripada guru-guru sebelum mereka pulang.

HARI PERTAMA UPSR

Setiap sekali selepas tamat peperiksaan murid-murid akan dikumpul dan masuk ke kelas dalam keadaan terkawal. Ini penting supaya murid-murid tidak tersalah tempat duduk. Di samping itu suasana juga lebih teratur. Penyalaras Tahun 6 Cikgu Normala merupakan orang yang begitu sibuk sepanjang peperiksaan dan dibantu oleh rakan-rakan guru yang lain.

Guru-guru sibuk memastikan kelengkapan murid sebelum masuk ke dewan cukup. Terutamanya slip peperiksaan dan alat tulis.

Beginilah suasana hari pertama Peperiksaan UPSR 2009 pada 8 September yang lalu. Semua persiapan telah dilakukan, semoga anak didik dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Tahun ini semua murid diwajibkan memakai toping gara-gara negara dilanda H1N1.

09 October, 2009

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya mengadakan bulan panitia sepanjang bulan Ramadhan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang bulan tersebut. Antaranya tadarus Al-Quran untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5 setiap pagi. Kemuncak program Tadarus adalah Khatam Al-Quran. Majis penutupan Ihya Ramadhan telah diadakan pada hari terakhir persekolah sebelum sekolah mulah bercuti untuk menyanbut Hari Raya Aidilfitri.

Murid-murid Pra Sekolah tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara penutupan bulan Panitia Pendidikan Islam. Persembahan murid Pra Sekolah ini telah dilatih oleh guru-guru praktikum dari UNISEL. Terima Kasih kepada guru-guru pratikum kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini.

PROGRAM NILAM

Program nilam banyak membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan kosa kata, dan pengetahuan am. Semua maklumat ini sangat berguna dalam menghasilkan karangan bermutu dan membina ayat dengan lebih gramatis.

Bagi tujuan menggalakkan penyertaan di kalangan murid-murid, PSS telah menyediakan hadiah kepada mereka yang berjaya membaca buku paling banyak. Di samping itu, program rakan pembaca juga telah diwujudkan. Rakan pembaca ini, akan mengadakan persembahan di perhimpunan pada setiap hari secara bergilir-gilir.

27 August, 2009

SELAMAT BERCUTI WARGA SKSB

PSS mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKSB. Diharap semasa cuti ini, pelajar SKSB tidak lupa membuat ulangkaji.

kepada guru yang terlibat mengajar kelas tambahan tahun 6 diucapkan selamat mengajar. kepada pelajar tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada 8 September hingga 10 September ini diucapkan SEMOGA BERJAYA.

Tidak lupa juga diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN pada 31 Ogos ini.

LAWATAN DARI INDONESIA




Pada 26 jun 2009, SKSB telah menerima kunjungan daripada pelawat Indonesia. pelawatpelawat ini terdiri daripada guru-guru dan nazir dari Indonesia. mereka telah diberi taklimat di Bilik Kesidang dan setrusnya dibawa melawat ke Perpustakaan, Pusat Akses, Pra sekolah dan Pendidikan Khas.

EDU WEB TV

Program Eduweb Tv telah dilancarkan oleh kementerian. Pn Nurhafizah Yaakub telah menjadi wakil SKSB untuk menyertai Kursus edu web Tv. jadi, setelah pergi berkursus, Pn Nurhafizah Yaakub hendaklah menjalankan in house training kepada guru-guru untuk memberi pendedahan mengenai Edu Web Tv.

Buat permulaan, Pn Nurhafizah Yaakub telah memberi pendedahan kepada semua Ketua Panitia mengenai cara-cara menggunakan Edu Web Tv. Tempat yang dijalankan in house training ini ialah di Pusat Akses kerana di situ mempunyai rangkaian internet.

Seterusnya, Pn Nurhafizah juga telah memberi taklimat mengenai Edu Web ini kepada semua guru semasa aktiviti Ladap. Di harap, semua guru akan menggunakan Edu Web Tv untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

AUTOMASI

Pada Mei 2009, PSS SKSB telah mula menjalankan Program Automasi untuk peminjaman dan pemulangan buku. Sebelum Program auomasi ini dijalankan, pengawas Perpustakaan telah diberi taklimat cara-cara menggunakan kaedah ini. kaedah ini lebih mudah dan cepat untuk proses sirkulasi.

Buat permulaan, program automasi ini melibatkan murid tahun 3,4,5 dan 6 sahaja. lagipun hanya buku baru yang sempat diautomasikan. terima kasih diucapkan kepada AJK Automasi dan AJK Perpustakaan yang membantu 'key in' buku sehingga program automasi ini dapat dilaksanakan. tidak lupa juga kepada pengawas Perpustakaan yang tekun bertugas.

Semoga 2010, program iautomasi ni dapat dilaksanakan sepenuhnya.

HARI BUKU

Pada bulan April setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Buku. Jadi, PSS telah melancarkan sambutan Hari Buku peringkat sekolah. Hari Buku ini diadakan selama seminggu. antara aktiviti yang dijalankan ialah :
i- Tahun 1,2 dan 3 = Pertandingan mewarna
ii- Tahun 4 = Pertandingan Melukis poster
iii- Tahun 5 = Pertandingan melukis kulit buku
iv- Tahun 6 = Pertandingan membuat sajak mengikut kreativiti.

Selain itu, PSS juga telah membuat jualan buku, bercerita di perhimpunan dan membaca buku pada waal pagi. semua aktiviti ini adalah galakan emaca di kalangan murid-murid SKSB.

PROGRAM NILAM



Nilam ialah Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan memyuburkan tabiat membaca di kalangan pelajar.

Di SKSB, program NILAM ini akan dilancarkan pada setiap tahun. tahun ini telah dilancarkan pada 23 Februari 2009. Setiap 2 bulan sekali data murid yang memcatat bacaan mereka dalam buku nilam akan dikutip dan dibuat semakan oleh Pn Umi Kalsom binti Arbain iaitu Ketua Unit Nilam. Pembaca buku terbanyak setiap tahap akan diberikan hadiah, sijil dan collar pin.

Setelah murid membaca 100 buah buku, murid akan menyertai Rakan Pembaca. Rakan pembaca ini akan dijadikan kumpulan kecil iaitu lebih kurang 8-10 orang satu kumpulan. setiap kumpulan akan diberi guru pembimbing untuk melancarkan aktiviti Rakan Pembaca. Antara aktiviti rakan pembaca yang dijalankan ialah bercerita, sajak, tadarus al-quran, bicara buku dan lain-lain. setiap aktiviti yang dijalankan akan diberi markah bergantung kepada pendengar.


Gambar di atas merupakan antara aktiviti Rakan pembaca yang telah dijalankan di SKSB.

Semoga matlamat Program Nilam untuk memupuk minat membaca di kalangan warga SKSB akan tercapai.

19 August, 2009

PROGRAM E-BOOK

Kepada semua murid SKSB, Pertandingan E-Book akan diadakan di sepanjang bulan Ogos ini.
kepada yang berminat sila berjumpa Pn Suzanna Md Saud

Maklumat e-Book :
Tempoh pertandingan : 1 Ogos- 31 Ogos 2009
Bilangan Perserta : 8-10 orang


Syarat pertandingan
1. terbuka kepada murid Tahun 4,5 dan 6
2. Murid mestilah telah membaca lebid daripada 50 buah buku
3. murid mesti melayari laman web www.best.ebooksworld.com
4. dapatkan borang penyertaan daripada Pn Suzanna Md Saud
Borang mestilah dicop sekolah.

Senarai e-book sekolah :
1. The littlest Knight
2. Mr Coyote meets Mr Snails
3. Tiger Son

Cara-cara perlaksanaan
1. Murid mestilah mestilah memilih salah satu senarai e-book daripada laman web ataupun berjumpa Pn Suzanna untuk mendapat bahan yang sudah di print.
2. Murid membuat ringkasan cerita yang dipilih sehingga 60 patah perkataan.
3. hasil yang siap dihantar pada Pn Suzanna sebelum 30 Ogos 2009.

tq

14 August, 2009

PENGHARGAAN

Penghargaan ini telah disampaikan oleh guru besar di perhimpunan. Diharap dengan pemberian penghargaan ini lebih ramai lagi murid yang akan mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan seharian.

Unit Disiplin, memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Salah satu cara untuk menggalakkan murid-murid mengamalkan nilai murni.


28 July, 2009

PASUKAN BOLA BALING


Pasukan Bola Baling Sekolah bergambar kenangan bersama dengan Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dalam usaha memantapkan lagi pasukan. Tahniah kepada cikgu Hafiz kerana berjaya mencari bakat-bakat yang terpendam untuk di ketengahkan. Kami warga sksb sentiasa mendoakan semoga pasukan sekolah terus mantap. Maju lah sukan untuk negara.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014