26 October, 2009

HARI SENAM SENI & HARI KANTIN

Pada hari Ahad yang lepas sekolah SKSB telah berjaya menganjurkan Hari Kantin dan Hari Senam Seni bagi mengumpul dana sekolah. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan lancar. Kehadiran tetamu pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Ini merupakan program besar sekolah dan program terakhir sekolah untuk tahun 2009.

Guru hari ini memang serba boleh, dalam gambar di atas jelas menunjukkan guru sekolah SKSB begitu komited untuk membantu sekolah dalam menjayakan hari kantin. Semua dana ini akan digunakan untuk kemudahan warga SKSB. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini membolehkan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar.

Hari kantin dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan muzik kampung melayu. Mereka ini secara tidak langsung telah menghiburkan tetamu yang datang. Nyanyian mereka ini, menjadi salah satu daya tarikan kepada tetamu yang datang.

Guru-guru bekerja keras menjual pelbagai masakkan untuk mengutip dana sekolah. Cikgu Ameeta begitu bersemangat menyusun mangkuk bihun sup. Semua persiapan ini dibuat pada hari sebelumnya untuk memastikan perjalanan hari kantin berjalan dengan lancar dan makanan mencukupi mengikut jualan kupon yang telah dijual hari sebelumnya.

Pada sebelah pagi telah diadakan senaman senam seni yang dikelolakan oleh kakitangan KEKWA bertempat di padang sekolah. Penyertaan kali ini amat menggalakkan. Antara tetamu yang turut serta pada pagi itu, YB Bushro Mat Jusoh, Dato Razak Kechik, Tn. Haji Sahar, guru-guru, penduduk setempat dan murid-murid.

1 comment:

hamizah said...

salam cikgu. sye nk tnye.. untuk jalankan Hari Kantin, boleh tak cikgu nyatakan peraturan hari kantin, dan ade ape2 dokumen yang berkaitan ke yang diperlukan untuk hari kantin ni ye?...



p/s:harap cikgu sudi bntu sya..

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014