18 April, 2009

ANUGERAH BULANAN


Kita menyumbang sejumlah kecil wang untuk memberi sedikit cenderahati kepada murid ini..dengan harapan ianya memberi kesan jangka panjang. Terumanya, dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti. Salah satunya, mempunyai akhlak yang mulia.

Murid yang menerima anugerah murid contoh yang telah di sampaikan oleh Pn. Sumiah Abdul Rahman

Setiap bulan Unit Disiplin akan memberi anugerah kepada murid-murid yang mengamalkan sikap jujur sama ada, semasa di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Anugerah ini sedikit sebanyak menggalakkan murid-murid berkelakuan baik dan menjadi contoh teladan kepada murid lain. Bilangan murid yang berkelakuan baik ini, nampaknya setiap bulan semakin meningkat. Harapan kami, semoga murid-murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Masalah kecurian di sekolah juga dapat dikurangkan.
Contohnya, Ahmad terjumpa duit di kantin sekolah, dia menyerahkan duit berkenaan kepada guru disiplin. Dia akan diberi anugerah pada perhimpunan kerana sikap jujurnya itu. Tahniah kepada guru disiplin Cikgu Muhammad Nor Sharif kerana komitmen yang diberikan selama bertahun2 dalam unit disiplin.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014