18 April, 2009

AKTIVITI PANITIA MATEMATIK


Aktiviti panitia sebenarnya memberi peluang kepada murid mengasah bakat dan tak kurang juga mengembangkan kemahiran di dalam kelas dalam aktiviti seharian. Antara aktiviti yang menarik minat murid dan saban tahun mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan ialah Treasure Hunt. Seperti yang dijangkakan sambutan amat menggalakkan. Ketua Panitia banyak memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan murid seronok. Soalan yang digunakan mirip kepada matematik reakreasi dan memerlukan kemahiran KBKK untuk menyelesaikannya.

Kerjasama di kalangan ahli kumpulan juga dapat diterapkan. Mereka perlu menyelesaikan setiap set soalan di lokasi yang ditetapkan. Aktiviti ini telah dijalankan pada 2 April 2009. Lokasi yang terlibat:
  • Taman pra sekolah
  • Padang
  • Balai j-Qaf
  • Green Velly
  • Taman Gamuda

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014