18 May, 2009

PERSEMBAHAN HARI GURU

Guru bukan sahaja hebat berhujah, tetapi hebat dalam seni tari. Penyertaan daripada kalangan guru telah memberi satu kelainan yang ditunggu-tunggu oleh anak didiknya. Guru boleh bekerjasama dengan murid dalam menjayakan persembahan tarian. Semangat tu yang lebih penting, kebolehan boleh di bentuk. Tak kisahlah tarian macam kayu sekali pun kan...cikgu..janji murid terhibur dengan persembahan tersebut.

Persembahan angklung ini telah dilatih oleh guru muzik yang tidak asing lagi di sekolah kami, tak lain tak bukan kalau bukan En. Nurasyid Nordin. Cikgu ini banyak memberi sumbangan dalam bidang muzik dan jugak aktiviti kokurikulum. Tertamanya yang melibatkan perkhemahan.

Pada tahun ini, warga sekolah telah dihiburkan oleh pihak pentadbir dengan persembahan joget lambak. Tapi oleh sebab tertentu, Guru Besar tidak dapat bersama. Persembahan yang mendapat tepukan gemuruh daripada murid-murid dan tidak kurang juga sokongan moral daripada guru-guru. Sebenarnya persembahan ini secara spontan sahaja. Mereka dijemput ke pentas dan diberikan kostium untuk dipakai dan seterusnya membuat persembahan yang dibantu oleh Cikgu Fauzana, Cikgu Norhanida dan Cikgu Zarina. Kacak jugak PK-PK nie bila berkaca mata hitam, macam zaman dulu-dulu lah pulak. Tugas pengkritik tetap macam biasa lah, kalah pengkritik AF musim ke 7. Tahniah atas kerjasama yang diberikan.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014