18 May, 2009

KAD UCAPAN

Peranan guru amat penting dalam menyediakan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat yang terpendam. Murid kita sebenarnya ada kelebihan masing-masing, mungkin dia sendiri pun tidak perasan bakat yang dia ada. Luahan kata-kata daripada seorang murid kepada gurunya... perlu dihargai supaya murid sentiasa dekat dengan guru. Ini penting dalam menuntut ilmu.

Kad ucapan Selamat Hari Guru yang ditulis oleh murid-murid tahun 6 yang ditujukan khas kepada guru-guru mereka. Pertandingan ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada murid untuk mengetengahkan bakat kreatif dan mencipta kata-kata yang puitis dalam penulisan. Tahniah kepada Cikgu Wan Pidura Wan Ali kerana berjaya menarik ramai penyertaan. Harapan tahun depan mendapat sambutan lebih hangat lagi.....

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014