26 January, 2014

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Ajk kelab staf dengan kerjasama semua guru yang mempunyai tempat di bilik guru bertungkus-lumus mengemas bilik tersebut agar susun aturnya tersusun dan kemas. Semua usaha ini bagi memastikan guru-guru selesa melakukan kerja-kerja perkeranian di bilik guru.

Tarikh : 25 Januari 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Guru SKSB

Terima kasih kepada semua guru yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan aktiviti gotong-royong. Tanpa kerjasama daripada guru-guru, sesuatu aktiviti yang telah dirancang pastinya akan berkesudahan dengan kegagalan.

Barang-barang yang perlu dihapuskan.

Guru-guru yang mempunyai meja di bilik guru mengemas tempat masing-masing.

Banyak barang yang perlu dikemaskan.

Barang yang tidak diperlukan perlu dibuang.

21 January, 2014

ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SKSB

Hari ini telah diadakan acara merentas desa peringkat sekolah. Latihan merentas desa telah diadakan pada hari Rabu minggu lepas.
Hari : Rabu
Tarikh : 22 Januari 2014
Tempat : Kampung Melayu Batu 13 1/2, Sungai Buloh, Selangor.

Acara merentas desa berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengawal lalu lintas, terutamanya JKK Kampung Melayu dan pihak berkuasa.
 
Aktiviti bersenam telah dikelolakan oleh Pn. Norsharizan
Murid-murid bersenam sebelum acara merentas desa bermula.



Murid-murid bersenam sebelum acara merentas desa bermula.
Murid-murid bersenam sebelum acara merentas desa bermula.
Murid-murid bersenam sebelum acara merentas desa bermula.
Murid-murid bersenam sebelum acara merentas desa bermula.
Barisan guru-guru yang terlibat menjaga garisan penamat.

Hakim garisan penamat.
Hakim garisan penamat.
Pihak berkuasa yang terlibat dalam menjayakan acara hari ini.

15 January, 2014

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS

Alhamdulillah selesai sudah watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah. Majlis ini telah diadakan pada :

Tarikh : 13 Januari 2014
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan

Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah bersedia untuk bacaan ikrar.

Bacaan ikrar diketuai oleh Mohd Syazwan Ikmal bin Mohd Ridzuan






IKRAR PENGAWAS PSS

Kami berikrar
atas perlantikan kami sebagai
Pengawas Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,
kami mengaku bahawa
kami akan menjalankan tugas kami
dengan penuh minat dan dedikasi,
jujur dan adil
demi menjaga 
nama baik Pusat Sumber ini.
Kami berjanji 
akan menjalankan semua
tanggungjawab yang diamanahkan
tanpa mengira masa 
demi menjaga nama baik sekolah,
agama, bangsa dan Negara.

Pengawas Siber Didik

Pengawas Pusat Akses

Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas Pusat Sumber Sekolah

09 January, 2014

PERJUMPAAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS

Guru media dan guru disiplin memberi taklimat kepada semua pengawas untuk majlis watikah perlantikan yang akan diadakan dalam perhimpunan rasmi. 

Pihak sekolah mengharapkan agar semua pengawas dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik yang mungkin. Barisan pengawas merupakan orang penting sekolah dan menjadi contoh tauladan kepada rakan-rakan yang lain.
 
Wajah-wajah barisan pengawas PSS tahun 2014

Guru Media memberi taklimat kepada pengawas PSS 2014

En. Tarmizi memberi taklimat kepada pengawas sekolah

Taklimat khas untuk Majlis Watikah Perlantikan.

KE ARAH PENGURUSAN BERKUALITI

Hari ini telah diadakan mesyuarat kali pertama Unit Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). 

Hari : Khamis ( 9 Januari 2014)
Tempat : Bilik Kesidang
Masa : 1.20 petang

Mesyuarat telah di pengerusikan oleh  Pn. Lim Siew Bian, guru besar SK Sungai Buloh. 

Ajk di bawah unit (SPSK) tekun mendengar penerangan daripada
Pn. Norazuwani Mohd Aris (Pengurus Kualiti)

Ajk terdiri daripada ketua-ketua panitia dan tugas-tugas khas.

Mesyuarat di pengerusikan oleh guru besar.

Pn. Norazuwani memberi penerangan berkaitan dengan (SPSK)

05 January, 2014

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA 2014

Hari ini, 6 Januari 2014 merupakan perhimpunan rasmi yang pertama untuk sesi 2014. Suasana pada pagi ini sungguh nyaman dengan udara yang segar. Anak-anak murid bersemangat untuk mendengar ucapan daripada guru-guru yang akan memberi ucapan.

Tahun ini merupakan tahun kedua sesi persekolahan bermula seawal jam 7.20 a.m. Diharap murid-murid dapat sampai sebelum pukul 7.10 a.m setiap hari. Ibu bapa dan penjaga perlu memastikan anak-anak mereka tidak lewat ke sekolah. Pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 7.20 a.m dan berakhir 1.10 a.m setiap hari kecuali pada hari Jumaat pada jam 12.10 a.m. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.

Murid-murid duduk sambil mendengar ucapan daripada guru.

Pengawas akan berada di barisan belakang

Guru disiplin En. Tarmizi memberi ucapan mengenai disiplin.



Semua guru akan berada di hadapan murid.

Bendahari PIBG sekolah memberi ucapan.

Guru Besar, memberi ucapan.

04 January, 2014

PERUBAHAN FIZIKAL BANGUNAN SKSB


 Tahun 2014 merupakan rezeki kepada semua warga SKSB kerana mendapat beberapa blok bangunan baru mengantikan bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk diduduki.

Kerja-kerja merobohkan bangunan berkenaan telah dilakukan pada penghujung Tahun 2013. Alhamdulillah bangunan tersebut dapat digunakan secara rasminya pada 2 Januari 2014.

Pada sesi persekolahan tahun ini tentunya semua pihak teruja dan bersemangat untuk ke sekolah. Di bawah disertakan sedikit gambaran sepanjang kerja-kerja pembinaan bangunan baru. Sebanyak tiga blok bangunan baru dibina. Satu blok untuk aliran perdana dan 2 blok untuk Pendidikan Khas.

Kawasan bangunan di penuhi dengan pepohon menghijau.

Kawasan bangunan yang akan dirobohkan mula di dindingkan
untuk keselamatan warga SKSB.

Kerja-kerja meruntuhkan bangunan.

Kelihatan kayu yang bakal dipunggah bersepah.

Ketua Pembangunan Sekolah, Cikgu Shafie membuat pemantauan

Kawasan telah dibersihkan.

Tapak bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Kerja-kerja memasang bangunan baru.

Kerja-kerja mengangkat kepinggan dinding bangunan.

Kelihatan ruang-ruang kelas dari pandangan atas.

Bangunan yang telah beratap.

Kerja-kerja akhir giat dijalankan.

KURSUS DALAMAN PANITIA BAHASA MELAYU

Panitia Bahasa Melayu mengambil sedikit ruang masa untuk mengadakan kursus dalaman mengenai KSSR kepada semua guru yang mengajar Bahasa Melayu sebelum sesi persekolahan bermula. Pendedahan sebegini sememangnya perlu  dijalankan setiap kali guru yang dipertanggungjawab untuk menghadiri kursus dan balik ke sekolah mereka perlu memberi pendedahan kepada guru-guru yang lain. Ini penting agar semua guru mendapat maklumat yang disampaikan.

Kursus Dalaman KSSR Bahasa Melayu telah disampaikan sendiri oleh ketua Panitia Bahasa Melayu En. Nordin Dahari.

Dalam slot berkenaan juga, guru-guru telah diberi pendedahan serba sedikit oleh En. Mohd Noor Yunus mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran. Teknik kemahiran berfikir agar murid-murid pada hari ini mampu mengembangkan idea menggunakan peta-peta pemikiran, terutamanya untuk bahagian penulisan. Sedikit pendedahan mengenai cara menulis minit mesyuarat yang betul.

Kursus Dalaman mengenai KSSR Bahasa Melayu Tahun 4
oleh En. Nordin Dahari

Kursus Dalaman mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran
di sampaikan oleh En. Mohd Noor Yunus

Laman web peta pemikiran secara online.

Teknik mengembangan idea untuk melatih murid menulis karangan.

Perkongsian ilmu oleh guru yang berpengalaman.

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014