04 January, 2014

KURSUS DALAMAN PANITIA BAHASA MELAYU

Panitia Bahasa Melayu mengambil sedikit ruang masa untuk mengadakan kursus dalaman mengenai KSSR kepada semua guru yang mengajar Bahasa Melayu sebelum sesi persekolahan bermula. Pendedahan sebegini sememangnya perlu  dijalankan setiap kali guru yang dipertanggungjawab untuk menghadiri kursus dan balik ke sekolah mereka perlu memberi pendedahan kepada guru-guru yang lain. Ini penting agar semua guru mendapat maklumat yang disampaikan.

Kursus Dalaman KSSR Bahasa Melayu telah disampaikan sendiri oleh ketua Panitia Bahasa Melayu En. Nordin Dahari.

Dalam slot berkenaan juga, guru-guru telah diberi pendedahan serba sedikit oleh En. Mohd Noor Yunus mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran. Teknik kemahiran berfikir agar murid-murid pada hari ini mampu mengembangkan idea menggunakan peta-peta pemikiran, terutamanya untuk bahagian penulisan. Sedikit pendedahan mengenai cara menulis minit mesyuarat yang betul.

Kursus Dalaman mengenai KSSR Bahasa Melayu Tahun 4
oleh En. Nordin Dahari

Kursus Dalaman mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran
di sampaikan oleh En. Mohd Noor Yunus

Laman web peta pemikiran secara online.

Teknik mengembangan idea untuk melatih murid menulis karangan.

Perkongsian ilmu oleh guru yang berpengalaman.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014