04 January, 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Pembuka tirai 2014, guru-guru SKSB telah diberi suntikan semangat dalam slot Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Slot ini telah disampaikan oleh En. Dawi Ithnin bersama pembantunya yang didatangkan khas dari Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia Sri Layang, Genting Highland, Pahang (IAB). 

Slot selama 2 jam ini banyak menyentuh mengenai intergriti guru, peranan seorang guru dalam profesion pendidikan dan tanggungjawab guru kepada anak didik.

Ceramah yang disampaikan secara santai amat dan lebih kepada perbincangan ini amat berkesan sekali kepada kami guru-guru. Masa selama 2 jam amat pantas berlalu. Jika diberi peluang dan kesempatan, pasti kami inginkan ceramah sebegini yang boleh memberi motivasi kepada pendidik agar sentiasa berintergriti dalam melaksanakan dasar pendidikan negara.

Guru Berkualiti
Anak Murid Terdidik
Negara Pasti Akan Maju

Ceramah disampaikan oleh En. Dawi Ithnin.

Ceramah disampaikan oleh En. Dawi Ithnin bersama pembantunya.

Perkongsian Ilmu.

Guru-guru SKSB mendengar dengan penuh tekun.

Warga pendidik SKSB mendengar slot LADAP - kali 1

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014