04 January, 2014

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

Alhamdulillah, perjumpaan ibu bapa dan guru tahun 6 dapat diadakan dengan jayanya. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Perjumpaan ini telah diadakan pada hari Sabtu, 4 Januari 2014 bertempat di Kantin Sekolah.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan segalan yang berkaitan dengan peningkatan UPSR anak-anak Tahun 6. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diharap dapat melancarkan lagi program yang telah dirancang sepanjang tahun 2014.

Sesi pendaftaran ibu bapa dan penjaga.

Penerangan mengenai perancangan aktiviti oleh Penyelaran Tahun 6.

Ucapan oleh PK Kokurikulum, Pn. Aidah Mat Rasit

Ibu bapa yang hadir memberi dalam perjumpaan Tahun 6.

Ibu bapa diberi peluang untuk mengemukakan sebarang pertanyaan
dan memberi cadangan.





No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014