Tahun 2014 merupakan rezeki kepada semua warga SKSB kerana mendapat beberapa blok bangunan baru mengantikan bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk diduduki.
Kerja-kerja merobohkan bangunan berkenaan telah dilakukan pada penghujung Tahun 2013. Alhamdulillah bangunan tersebut dapat digunakan secara rasminya pada 2 Januari 2014.
Pada sesi persekolahan tahun ini tentunya semua pihak teruja dan bersemangat untuk ke sekolah. Di bawah disertakan sedikit gambaran sepanjang kerja-kerja pembinaan bangunan baru. Sebanyak tiga blok bangunan baru dibina. Satu blok untuk aliran perdana dan 2 blok untuk Pendidikan Khas.
![]() |
| Kawasan bangunan di penuhi dengan pepohon menghijau. |
![]() |
| Kawasan bangunan yang akan dirobohkan mula di dindingkan untuk keselamatan warga SKSB. |
![]() |
| Kerja-kerja meruntuhkan bangunan. |
![]() |
| Kelihatan kayu yang bakal dipunggah bersepah. |
![]() |
| Ketua Pembangunan Sekolah, Cikgu Shafie membuat pemantauan |
![]() |
| Kawasan telah dibersihkan. |













No comments:
Post a Comment