05 January, 2014

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA 2014

Hari ini, 6 Januari 2014 merupakan perhimpunan rasmi yang pertama untuk sesi 2014. Suasana pada pagi ini sungguh nyaman dengan udara yang segar. Anak-anak murid bersemangat untuk mendengar ucapan daripada guru-guru yang akan memberi ucapan.

Tahun ini merupakan tahun kedua sesi persekolahan bermula seawal jam 7.20 a.m. Diharap murid-murid dapat sampai sebelum pukul 7.10 a.m setiap hari. Ibu bapa dan penjaga perlu memastikan anak-anak mereka tidak lewat ke sekolah. Pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 7.20 a.m dan berakhir 1.10 a.m setiap hari kecuali pada hari Jumaat pada jam 12.10 a.m. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.

Murid-murid duduk sambil mendengar ucapan daripada guru.

Pengawas akan berada di barisan belakang

Guru disiplin En. Tarmizi memberi ucapan mengenai disiplin.



Semua guru akan berada di hadapan murid.

Bendahari PIBG sekolah memberi ucapan.

Guru Besar, memberi ucapan.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014