12 September, 2012

AKTIVITI SEPANJANG HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Antaranya Ceramah Motivasi oleh Ana Muslim. Aktiviti yang dilaksanakan untuk menarik minat murid sepanjang minggu tersebut seperti:
  • Pertandingan Mewarna ( Tahun 1 )
  • Pertandingan Melukis Poster ( Tahun 2 )
  • Pertandingan Membuat Penanda Buku ( Tahun 3 )
  • Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap Pantun ( Tahun 4 )
  • Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap Sajak ( Tahun 5 )
  • Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap Cerpen ( Tahun 6 )
  • Bercerita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ( Tahap 1 dan Tahap 2 )
  • Rakan Pembaca
  • Resensi Buku ( Pengawas PSS )

Murid-murid berada di dalam Dewan Buluh Perindu

Penceramah dari Syarikat Ana Muslim

Jualan barang keluaran Ana Muslim

Guru-guru tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan Ana Muslim

Peserta pertandingan dari Tahun 4

Peserta pertandingan bercerita.

Gaya, aksi sepontan peserta pertandingan bercerita.

Peserta pertandingan dari kelas Tahun 5 Mawar.

Murid yang berjaya menerima hadiah.

Terima kasih cikgu.....

Kumpul hadiah melalui pertandingan.

Murid yang paling rajin menyertai pertandingan.

Murid-murid yang menang dalam pertandingan bersama hadiah masing-masing.

Bersama sijil penghargaan masing-masing.



Banner Ana Muslim

Pn. Norhanida Saaidin - Penyelaras Program
Kesimpulannya, program yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik hasil daripada kerjasama yang telah diberikan oleh semua AJK yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.


PROGRAM JOM LE BACA

Pada setiap hari Khamis diadakan Program Jom Baca bertempat di tapak perhimpunan bermula pukul 7.00 pagi selama lebih kurang 20 minit. Program ini melibatkan semua murid tahap 2 sesi pagi. Program ini juga merupakan salah satu Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ). 


Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakkan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktifaran yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.


Murid-murid membaca bahan bacaan yang dibawa.

Semua murid mengambil bahagian dalam Program Jom Baca.

Murid juga boleh terus merekodkan dalam buku NILAM, bahan yang dibaca.

Peluang membaca secara beramai-ramai.

Persembahan oleh salah seorang rakan pembaca pada setiap hari Khamis.

Persembahan oleh sekumpulan rakan pembaca.

Matlamat Program NILAM dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid-murid.

Objektif Program NILAM ialah untuk menjadikan murid banyak membaca dan seterusnya menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Terdapat 3 elemen Program NILAM:
  • Rekod Membaca - Setiap murid harus merekodkan buku yang dibaca ke dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • Pengesahan Pembacaan - Guru kelas mengesahkan rekod bacaan murid.
  • Pengiktirafan - Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

11 September, 2012

SAMBUTAN HARI BUKU & HAK CIPTA SEDUNIA

Pada 23 April 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia pada perhimpunan Mingguan. Program Sambutan Hari Buku diadakan selama seminggu bermula 23 April - 27 April 2012. Program ini melibatkan semua murid sesi petang dan sesi pagi.

Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ( World Book and Copyrights Day ). Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbaai aktiviti yang melibatkan promosi galakkan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Oleh sebab itu, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ( MBKM ) menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia turut disambut di peringkat sekolah pada setiap tahun. Jadi, pihak Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh akan mengadakan Hari Buku bagi menyahut saranan daripada pihak MBKM.


Ucapan Penyelaras Program - Pn. Norhanida Saaidin

Ucapan Perasmian oleh Pn. Lim Siew Bian - Guru Besar SKSB

Paluan Gong oleh Guru Besar sebagai simbolik perasmian Hari Buku.

Murid-murid memberi tumpuan terhadap aktiviti pelancaran Hari Buku.

Persembahan mendeklamasi sajak oleh En. Mohammad Nor Sharif

Persembahan mendeklamasi sajak oleh Pn. Norsharizan Mohd Azmi

Persembahan mendeklamasi sajak oleh Pn. Norazwani Mohd Arif

Persembahan mendeklamasi sajak oleh En. Shafie Ghazali

Objektif program ini diadakan bertujuan untuk menigkatkan minat membaca di kalangan warga sekolah. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai wujudnya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Selain itu, dapat memberi peluang kepada masyarakat terutama murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbukuan.

BENGKEL PROSES TEKNIK BUKU

Pada Hari Sabtu, 7 April 2012 telah diadakan Bengkel Proses Teknik Buku bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari bertempat di Perpustakaan SKSB.

Objektif utama program Bengkel Proses Teknik Buku adalah untuk memproses buku yang baru sampai ke PSS dengan teknik yang betul. Memberi pendedahan agar pengawas PSS mengetahui dan memahami proses teknik buku mengikut sistem yang betul. Selain itu, dapat memproses dan melengkapkan maklumat yang terdapat di dalam slip kerja dengan tepat dan betul. Di samping itu, pengawas PSS dapat memahami aliran kerja bermula dari buku sampai sehinggalah disusun di rak.


Pengawas PSS menggungting nombor siri.

Pengawas PSS menampal nombor siri .

Pengawas PSS lelaki jugak terlibat sama.

Pn. Rosma Aina menampal nombor siri.

Guru Media jugak turut mengambil bahagian.

Gam diperlukan untuk menampal kertas tarikh pemulangan buku.

Guru turut serta untuk memberi tunjuk ajar kepada pengawas PSS
Pengawas PSS menunjukkan minat  dengan bengkel yang dijalankan.

Bengkel ini telah disertai oleh tiga orang guru iaitu Pn. Suzanna Md Saud, Pn. Norhanida Saaidin dan Pn. Rosma Aina Roslan. Manakala pengawas PSS seramai 39 orang yang terdiri daripada Pengawas PSS tahun 3, 4, 5 dan tahun 6.

KEKUATAN:
  • Pengawas PSS amat berminat kerana pengetahuan mengenai bengkel proses teknik buku ini amat penting semasa mereka menjalankan tugas.
  • Tunjuk ajar yang diberikan oleh GPM dan guru perpustakaan dapat memudahkan Pengawas PSS memahami dan mengaplikasikan cara-cara proses teknik buku dengan betul.
Secara keseluruhannya bengkel ini sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan dan maklumat kepada Pengawas PSS tenteng teknik-teknik memproses buku apabila bertugas di kaunter. Sepatutnya semua Pengawas PSS mesti menguasai kemahiran ini.

29 February, 2012

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS



Pada Isnin, 16 Januari 2012 telah diadakan Watikah Perlantikan Pengawas PSS di tapak perhimpunan SKSB.

Objektif utama watikah perlantikan ini ialah untuk memastikan pengawas PSS diiktiraf jawatannya sebagai Pengawas PSS, membolehkan pengawas PSS dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna dan dapat memberi dorongan kepada murid-murid yang lain untuk memasang impian menjadi Pengawas PSS pada masa akan datang.

Laporan lengkap watikah perlantikan pengawas PSS 2012


#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014