12 September, 2012

PROGRAM JOM LE BACA

Pada setiap hari Khamis diadakan Program Jom Baca bertempat di tapak perhimpunan bermula pukul 7.00 pagi selama lebih kurang 20 minit. Program ini melibatkan semua murid tahap 2 sesi pagi. Program ini juga merupakan salah satu Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ). 


Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakkan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktifaran yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.


Murid-murid membaca bahan bacaan yang dibawa.

Semua murid mengambil bahagian dalam Program Jom Baca.

Murid juga boleh terus merekodkan dalam buku NILAM, bahan yang dibaca.

Peluang membaca secara beramai-ramai.

Persembahan oleh salah seorang rakan pembaca pada setiap hari Khamis.

Persembahan oleh sekumpulan rakan pembaca.

Matlamat Program NILAM dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid-murid.

Objektif Program NILAM ialah untuk menjadikan murid banyak membaca dan seterusnya menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Terdapat 3 elemen Program NILAM:
  • Rekod Membaca - Setiap murid harus merekodkan buku yang dibaca ke dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • Pengesahan Pembacaan - Guru kelas mengesahkan rekod bacaan murid.
  • Pengiktirafan - Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

2 comments:

PSS SKPKM said...

Salam ziarah :)

Pusat Sumber SKSB said...

Wasalam,
terima kasih kerana sudi singgah.

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014