11 September, 2012

SAMBUTAN HARI BUKU & HAK CIPTA SEDUNIA

Pada 23 April 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia pada perhimpunan Mingguan. Program Sambutan Hari Buku diadakan selama seminggu bermula 23 April - 27 April 2012. Program ini melibatkan semua murid sesi petang dan sesi pagi.

Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ( World Book and Copyrights Day ). Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbaai aktiviti yang melibatkan promosi galakkan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Oleh sebab itu, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ( MBKM ) menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia turut disambut di peringkat sekolah pada setiap tahun. Jadi, pihak Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh akan mengadakan Hari Buku bagi menyahut saranan daripada pihak MBKM.


Ucapan Penyelaras Program - Pn. Norhanida Saaidin

Ucapan Perasmian oleh Pn. Lim Siew Bian - Guru Besar SKSB

Paluan Gong oleh Guru Besar sebagai simbolik perasmian Hari Buku.

Murid-murid memberi tumpuan terhadap aktiviti pelancaran Hari Buku.

Persembahan mendeklamasi sajak oleh En. Mohammad Nor Sharif

Persembahan mendeklamasi sajak oleh Pn. Norsharizan Mohd Azmi

Persembahan mendeklamasi sajak oleh Pn. Norazwani Mohd Arif

Persembahan mendeklamasi sajak oleh En. Shafie Ghazali

Objektif program ini diadakan bertujuan untuk menigkatkan minat membaca di kalangan warga sekolah. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai wujudnya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Selain itu, dapat memberi peluang kepada masyarakat terutama murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbukuan.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014