Murid-murid perlu mengikuti senaman regangan yang dikelolakan oleh guru praktikum dan dibantu oleh Cikgu Hafiz. Senaman ini penting sebelum murid-murid dilepaskan untuk aktiviti Road Run. Sambutan di kalangan murid-murid sksb amat memuaskan. Penyertaan ini terdiri daripada murid Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 dan penyertaan istemewa daripada murid Pendidikan Khas.
Murid-murid telah bersedia bila-bila masa sahaja untuk dilepaskan. Seperti biasa murid dilepaskan secara berperingkat untuk memastikan keadaan di jalan raya nanti terkawal. Kali ini laluan lelaki dan perempuan adalah sama. Ini disebabkan laluan yang biasa digunakan tahun sebelumnya amat merbahaya. Kawasan berkenaan merupakan laluan lori batu.
Bersemangat murid-murid berlari dan cuba menamatkan larian secepat yang boleh. Apa yang lebih penting laluan kali ini lebih selamat kerana menggunakan kawasan dalam kampung.
Guru yang bertugas digarisan penamat perlu mengambil nama peserta dan direkodkan dalam borang statistik untuk tujuan pengumpulan mata. Setiap peserta yang berjaya mendapat tempat, akan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Mata ini akan diambil kira pada kejohanan sukan akan datang. Rumah Bendahara telah berjaya mengumpul mata paling banyak.
Pejabat Pelajaran Daerah Gombok telah mengadakan sambutan HARI KUALITI 2009 PADA 12 Januari 2010 bertempat di Perangsang Templer Park, Goif & Resort, Rawang. Sebanyak 15 Kategori Anugerah yang disampaikan pada hari berkenaan. Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Alhamdulilah SK Sg. Buloh juga tersenarai sebagai penerima anugerah kualiti berkenaan. SK Sg. Buloh menerima Anugerah Kualiti Lonjakan Saujana tempat pertama dalam UPSR 2009, mendahului SK Selayang Jaya dan SJK(T) Saraswaty yang juga merupakan jiran kami. Tahniah sekali lagi kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus dalam usaha menaikan peratus UPSR.
PSS akan memulakan operasi peminjaman buku kepada murid-murid bermula pada minggu ketiga sesi persekolahan. Untuk memastikan program automasi berjalan dengan lancar, diminta kepada murid-murid yang belum mempunyai kad pinjaman dapat berurusan dengan Pn. Suzana Md Saud pada waktu rehat.
Kepada murid yang telah ada kad ini, masih boleh digunakan dan kepada yang telah hilang atau telah rosak perlu dapatkan yang baru.
Kepada guru-guru yang ada smart kad boleh daftarkan dalam sistem automasi untuk tujuan peminjaman buku dan bahan-bahan bantu belajar yang terdapat di pss.
Sepanjang tahun sksb akan menerima guru-guru praktikum dari pelbagai Institusi Pendidikan untuk membuat latihan mengajar bagi memenuhi syarat kursus. Pada hari pertama persekolahan pihak sekolah telah menerima seramai 4 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM), Lembah Pantai Kuala Lumpur. Merekan akan berada di SKSB bermula 4 Januari sehingga 26 Januari 2010 dalam pengkhususan Pra Sekolah.
Guru praktikum ini merupakan pengambilan khas untuk KEMAS di bawah program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ambilan yang ketiga. Guru praktikum ini terdiri daripada:
Norashikin Sariff
Fauziah Jais
Siti Haziera Idris
Nurainura Al-Mardhiah Normat
Kami pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani sesi praktikum di sekolah ini.
Selamat datang kepada semua guru baru ke SKSB. Semoga selesa menjalankan tugas di sekolah baru dan dapat bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Mereka terdiri daripada:
Cikgu Zubaidah bt. Mohd Hanaffiah dari SK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur (opsyen Matematik & Kajian Tempatan)
Cikgu Haslina Ismail dari SK Kiaramas, Kuala Lumpur ( opsyen Sains, Pjk & BI)
Cikgu Rusmina Damin dari SK Bandar Baru Selayang (2) ( opsyen Muzik, P. Seni & B. Melayu
Cikgu Norwani Abdul Hamid dari SK Telok Gading, Klang (opsyen B. Melayu & K.Tempatan)
Cikgu Nurul Amira bt. Ab Rahman dari SK Sungai Pinang, Sarawak (opsyen Sains, B.Inggeris & K. Hidup)
Cikgu Norsharizan bt. Mohamad Azmi dari SK Gombak Setia (opsyen Sains, Pjk & B. Inggeris)
Cikgu Azrizal b. Azemi baru posting. (opsyen bimbingan dan kaunseling)
Semalam 6 Jan 2010 telah diadakan mesyuarat Unit Peningkatan UPSR kali pertama bertempat di Bilik Kesidang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan sendiri oleh Tn. Hj. Zulkifli Hj. Hainin, Guru Besar sksb. Banyak perkara telah dibincangkan untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Aantaranya:
1. Kelas Tambahan
Kelas Cemerlang ( Sabtu )
Kelas Seri Pagi (7.00 pagi)
Kelas Gemilang (8.00 mlm -9.20 mlm )
Kelas Harapan (1.30 petang )
Kelas Wawasan ( Cuti Sekolah )
2. Program SMART A 3. Program HALUS ( Harus Lulus ) 4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 5. Program Motivasi Pengurusan Masa 6. Program Motivasi Sahsiah Diri dan Persediaan UPSR 7. Ujian Penilaian 8. Gerak Gempur 9. Program Kerohanian 10. PROTIM 11. Aktiviti Selepas UPSR
Gotong-royong
Keceriaan Sekolah
Sukaneka
Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring
Buku skrap
Mural
Lawatan
Jamuan Akhir Tahun
Cenderamata
Semua program diatas akan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika semua guru bekerjasama dalam segala aktiviti yang dijalankan.
Unit peningkatan telah berjaya mengadakan ceramah berbentuk kerohanian kepada semua murid Tahun 6. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Buloh Perindu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Jakaria Ahmad.
Diharap dengan adanya ceramah berbentuk kerohanian ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid kita supaya lebih tekun dalam menuntut ilmu. Ceramah kerohanian merupakan pembuka tirai kepada ceramah-ceramah yang lain.
Murid-murid begitu teruja untuk hadir pada perjumpaan kali pertama. Kehadiran pada hari itu sungguh memuaskan. Perjumpaan kali pertama melibatkan semua unit. Pada perjumpaan ini guru penasihat diminta melantik AJK dan merancang aktiviti sepanjang tahun 2010.
Murid-murid berada dalam unit masing-masing bersama dengan penasihat. Perjumpaan kali pertama pun murid telah memakai pakaian unit uniform. Tahniah kepada semua murid. Murid-murid juga digalakkan memakai pakaian unit masing-masing pada setiap Hari Rabu.
Tahniah kepada Cikgu Kamis kerana diberi kepercayaan untuk menjadi setiausaha Kokurikulum dan dibantu oleh Cik Fauzana. Kerjasama daripada semua guru adalah penting untuk memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar.
Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi. Guru yang bertugas pada pagi itu ialah Pn. Saniah Shamsudin. Aturcara perhimpunan dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu, diikuti dengan ucapan guru bertugas. Seterusnya ucapan daripada guru disiplin En. Mohd Nor Sharif dan ucapan oleh Guru Besar. Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian dua buah lagu. Murid-murid mula bergerak masuk ke kelas masing-masing.
Hari pertama persekolahan, masing-masing bersemangat. Termasuklah guru-guru berpakaian seragam iaitu berbaju kurung berwarna biru, murid-murid dengan pakaian serba baru dan ibu bapa yang sanggup mengambil cuti pada hari ini semata-mata hadir untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Pada tahun ini yuran persekolah boleh dibayar pada hari pertama persekolah.
Suasana hari pertama di sesi petang. Murid-murid sesi petang berkumpul di kantin sebelum masuk ke kelas. Kemeriahan lebih terasa di sesi petang. Ini kerana ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak di Tahun 1. Guru yang mempunyai anak di Tahun 1 juga mengambil peluang membuat pembayaran yuran pada hari pertama persekolahan. Pn. Sulia Suhed tidak terkecuali beratur di dalam kelas 1 Melor untuk membuat pembayaran yuran.