16 October, 2008

Pertandingan Menulis Cerpen

Bersempena dengan Minggu PSS yang akan datang, suatu pertandingan menulis cerpen akan dianjurkan kepada semua murid-murid. Kategori dibahagikan kepada tiga iaitu - Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1) Anda perlulah menghantar hasil karya yang asli. Tidak mempunyai unsur tiru/plagiat daripada mana-mana penerbitan.
2) Anda hanya dibenarkan menghantar 1 karya sahaja mengikut kategori.
3) Tempoh berkarya yang diberikan adalah selama 2 minggu (6/10 - 19/10/2008). Karya perlulah dihantar pada 20/10/2008 melalui guru kelas untuk dihakimi.
4) Cerpen anda tidak boleh menyentuh isu-isu berkaitan sensitiviti masyarakat Malaysia dan haruslah menghormati agama, kaum dan adat resam masyarakat majmuk negara kita.

Selamat Berkarya....

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014