16 October, 2008

Khidmat Bantu PSS Zon Kuang

Pada 13/10 - 14/10/2008 yang lalu, PKG Kuang telah menganjurkan satu aktiviti yang dinamakan 'Khidmat Bantu PSS Zon Kuang'. PSSKSB telah turut serta di dalam aktiviti ini. Pada hari pertama, kesemua Guru Perpustakaan & Media,Ketua Unit Perpustakaan dan AJK lain yang turut serta telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan pusat sumber sekolah masing-masing. Seterusnya, kesemua yang hadir telah terlibat di dalam Penggreddan Pusat Sumber Cemerlang Zon Kuang melalui kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Pada hari kedua, guru-guru PSS tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan - Kumpulan 1 : SK Kuang dan Kumpulan 2 : SJKT Kuang. Kumpulan ini kemudiaannya berkunjung ke sekolah yang telah ditetapkan dan membantu serba sedikit berkaitan hal ehwal pengurusan PSS sekolah tersebut. Sekolah kita telah terpilih ke SJKT Kuang. Terima kasih di atas layanan baik Guru Besar dan Guru Perpustakaan SJKT Kuang kepada kami semua. Semoga aktiviti seperti ini akan dilanjutkan lagi ke tahun akan datang. Tahniah juga buat PKG Kuang atas anjuran aktiviti ini...

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014