17 October, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun

Sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan pada minggu hadapan, murid-murid boleh berkunjung ke kiosk Nilam di kantin sekolah untuk menggunakan pelbagai buku rujukan dan latihan yang telah disusun mengikut matapelajaran dan tahap.

Buku-buku tersebut bukanlah untuk tujuan peminjaman berkala, hanya untuk digunakan di kawasan kantin sahaja. Pengawas pusat sumber yang bertugas akan membantu murid yang ingin menggunakan buku-buku tersebut dan menjaga kiosk berkenaan.

Adalah diharapkan agar semua murid memanfaatkan dan menjaga buku-buku tersebut dengan sebaiknya. Selamat Maju Jaya!!

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014