19 November, 2014

AKTIVITI CANDAT SOTONG

Aktiviti mencandat sotong pada tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pada mulanya Cikgu Nordin ingin menyewa sebuah bot. Tetapi pada saat akhir terpaksa menambah sebuah lagi bot memandangkan sambutan di luar jangkaan.

Perjalanan yang jauh bukan menjadi penghalang. Berada di lautan bersama dengan hasil tangkapan dan merasai pengalaman mencadat menjadi impian mereka.

Tarikh : 12 Jun 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Marang, Terengganu

Peserta Mencandat Sotong di Marang, Terengganu.

Ustaz Rosli menunjukkan hasil tangkap yang pertama.

Sotong segar.

Santai Ustazah Wan Haninah bersama dengan jorannya.

Kegelapan di tengah lautan demi sebuah misi.

Cikgu Nordin penggerak utama program mencandat sotong.

Tak sabar untuk ke laut tu...

Bergambar sebagai kenangan di jeti Marang.

Lumayan hasil tangkapan.

Bot sudah sedia untuk membawa pengemar candat sotong.

Pengalaman berada di lautan di atas bot.

17 November, 2014

SUDUT-SUDUT DI PSS

Papan kenyataan yang memuatkan visi dan misi KPM dan sejarah sekolah.

Sudut pameran barang terbuang dan barang-barang antik.

Sudut membaca sambil santai.

Sudut untuk guru membaca.

Lanskap air pancut yang sangat mendamaikan.

Anak tangga ke PSS yang dihiasi dengan info yang berguna.

Sudut pondok sebelum pengubahsuaian.

Sudut pondok selepas pengubahsuaian.

BENGKEL MEMBAIK PULIH BUKU

Bengkel membaik pulih buku telah dianjurkan oleh PKG Kuang dengan kerjasama Perpustakaan Daerah Gombak dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel selama sehari ini melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di dalam Zon Kuang.

Bengkel ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dan pengawas PSS membaiki buku yang rosak dengan cara yang betul supaya jangka hayat buku berkenaan juga dapat bertahan. Ini penting terutamanya buku-buku yang sukar dicari ganti dan keluarannya agak terhad.

Tarikh : 23 September 2014
Hari : Selasa
Tempat : Perpustakaan Daerah Gombak.

Pn. Wan Pidura Wan Ali menyampaikan cenderamata
 kepada wakil DBP.

Peserta bengkel membaik pulih buku yang mereka bawa.

Kaki tangan DBP bergambar kenangan bersama
 dengan pegawai PKG dan Pn. Wan Pidura Wan Ali.

Tunjuk ajar yang sangat berguna.

Bergambar bersama dengan peserta bengkel.

Guru juga mengambil peluang untuk belajar.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membaik pulih buku.

Pengawas PSS perlu berkongsi kemahiran yang mereka
 perolehi bersama rakan yang lain.

Mendengar taklimat daripada wakil DBP.

Cenderamata untuk tetamu jemputan.

Guru-guru bergambar bersama dengan pegawai PPD Gombak.

Tunjuk ajar yang sangat berguna.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai PKG kepada wakil DBP.

AKTIVITI RAKAN PEMBACA

 Aktiviti rakan pembaca memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan di tapak perhimpunan setiap pagi hari Khamis. Murid bebas untuk membuat persembahan sama ada bercerita, mendeklamasi sajak, atau pun berlakon.

Aktiviti rakan pembaca bertujuan untuk berkongsi bahan yang dibaca dengan murid yang lain. Selain itu, dapat melatih murid membuat persembahan di hadapan rakan-rakan.

Tarikh : Sepanjang Tahun
Hari : Setiap Khamis
Tempat : Tapat Perhimpunan

Murid mengambil bahagian dalam aktiviti rakan membaca.

Rakan-rakan yang lain memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan.

PROGRAM JOM BACA SETIAP KHAMIS

Program Jom Baca dijalankan pada setiap hari Khamis untuk menggalakkan murid-murid membaca selama 10 minit di tapak perhimpunan. Setiap murid diminta membawa bahan bacaan sendiri untuk dibaca. Sekiranya mereka tidak mempunyai bahan untuk dibaca, mereka boleh mengambil bahan yang disediakan oleh guru di hadapan perhimpunan.

Tarikh : Sepanjang Tahun
Hari : Khamis
Tempat : Tapak Perhiimpunan

Guru-guru juga mengambil peluang membaca bersama murid.

PK Kokurikulum turut memberi sokongan.

Peluang ini tidak dilepaskan oleh murid-murid untuk membaca.

Amalan membaca perlu disemai sejak dibangku sekolah rendah lagi.

PK HEM mencari bahan yang sesuai untuk dibaca.

JOM BELAJAR MEMASAK

Kelab Kebajikan Staf SK Sungai Buloh dengan kerjasama PERHEBAT telah berjaya menganjurkan program Jom Belajar Memasak. Pihak PERHEBAT memberi tunjuk ajar cara untuk memasak Chiken Chop dan membuat kek. Guru-guru hanya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kedua jenis masakan tersebut.

Terima kesih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada guru-guru sksb belajar memasak secara percuma. Jika cikgu belajar di luar, tentunya bayaran agak mahal untuk dua jenis masakan ini.

Tarikh : 28 Mei 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Dapur Kursus Masakan di PERHEBAT

Bahan-bahan yang diperlukan untuk perab daging.

Bersemangat cikgu-cikgu nak menggunakan peralatan yang ada.

Kacau jangan tak kacau.

Peserta dah macam tukang masak... siap dengan baju tukang masak.

Tenaga pengajar yang berpengalaman.

Aktiviti meratakan coklat pada kek yang telah masak.

MAJLIS MENGENANG JASA

Majlis Mengenang Jasa Kelab Kebajikan Staf SK Sungai Buloh berjaya diadakan dengan jayanya. Kali ini staf mengenakan tema pakaian merah biru. Beberapa orang guru dan staf sokongan diberi peluang menyampaikan ucapan sepatah dua kata sebelum bersara dan juga berpindah ke tempat yang baru.

Tarikh : 15 November 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Kelab Goft Bukit Rahman Putra

Merah Biru menjadi tema tahun ini.

Bergambar kenangan bersama Cikgu Norazwani yang akan mula
berkhidmat di sekolah baru bermula sesi Januari nanti.

Santai sebelum majlis bermula.

Barisan peneraju kelab staf sksb bagi sesi 2014.

Keceriaan jelas kelihatan di wajah mereka.

Persembahan wakil staf sokongan.

Sedikit acara sukaneka di dalam dewan.

Acara yang simple... tetapi menarik.

Besar hadiah cabutan bertuah yang disampaikan
oleh PK Pendidikan Khas  kepada Guru Media.

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014