16 November, 2014

PROGRAM MENDAKI KINABALU

Buat julung kalinya, sekolah telah berjaya mengadakan program mendaki Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4095.2 M. Program ini melibatkan dua orang murid aliran perdana dan dua orang murid Intergrasi Pendidikan Khas yang mengalami masalah pembelajaran.

Mereka yang menyertai pendakian telah menjalani latihan selama dua bulan setengah untuk memastikan mempunyai stamina yang cukup dalam menjayakan misi berkenaan. Mdm Lim Siew Bian (guru besar sksb) merupakan ketua dalam penganjuran program berkenaan.

Semangat yang ditunjukkan oleh Mdm Lim yang akan bersara pada tahun hadapan menjadi pembakar semangat kepada guru-guru yang lain.

Tahniah kepada semua perserta yang berjaya sampai ke puncak.

Tarikh : 3 - 6 November 2014
Hari : Isnin hingga Khamis
Tempat : Pucak Gunung Kinabalu

Laluan trekking yang berbatu.

Peserta pendakian terpaksa dibantu oleh Mdm Lim.

Laluan trekking yang memukau pandangan mata.

View yang sangat cantik dari puncak gunung.

Cikgu Amita bersama Izza.

Laluan yang agak mencabar kerana peserta perlu
menggunakan tali yang disediakan untuk sampai ke puncak.

Mdm Lim bersama cikgu Amita.

Penuh bersemangat untuk mendaki.

Akhirnya sampai di puncak.

Berehat di Laban Rata sebelum meneruskan misi.

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014