26 October, 2009
HARI SENAM SENI & HARI KANTIN
BORIA KUMPULAN 4 UNISEL
Salam sejahtera kami ucapkan,
Pada guru-guru, rakan dan taulan,
Boria group UNISEL kami persembahkan,
Semoga terpahat dalam ingatan.
Di padang SKSB, kami bercamping,
Selama 4 hari, tak puas lagi,
Bermacam cabaran, kami tempuhi,
Hujan ribut pun kami tak peduli.
Semangat 1 Malaysia kami terapkan,
Sifat kerjasama kami amalkan,
Nilai-nilai murni terus ditepati,
Semoga hidup aman dan harmoni.
Bermacam aktiviti, lakukan bersama,
Dari yang lama sehingga yang semasa,
Melatiih diri tuk bekerjasama,
Dalam situasi yang berbeza-beza.
Harapan kami sangatlah tinggi,
Bak gunung berapi, kami jelajahi,
Walau setiap hari kami dimarahi,
Kami tetaplah bersemangat tinggi.
Hasil Nukilan:
Isma Haikal, Wan Hasbullah, Alfiqmal, Najah Farahin,
Iman, Siti Marhani, Sharifah, Nursyuhada, Farah Aina, & Nurul Naqiah.
24 October, 2009
KEM 1 MALAYSIA
Program Kem 1 Malaysia ini sebenarnya telah memberi pengalaman baru kepada murid-murid. Banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang 4 hari. Penyertaan murid juga amat menggalakkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua juru latih pusat ko tekali, guru-guru, serta semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan kali ini.
22 October, 2009
JAMUAN HARI JADI & HARI RAYA
Ini merupkan salah satu acara Taska Honey Tasnim yang terletak di dalam kawasan sekolah.
PROGRAM KEM 1 MALAYSIA
14 October, 2009
AKTIVITI SEPANJANG BULAN PSS

Bulan PSS ini adalah anjuran bersama bulan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah poster promosi sepanjang bulan PSS. Sepanjang bulan PSS ini diadakan berbagai aktiviti mengikut tahun. antaranya :2) Pertandingan melukis poster Satu Malaysia ( tahun 5 )
3) Pertandingan Bercerita ( tahun 3 & 4 )
4) Pertandingan deklamasi sajak ( tahun 2 )
5) Pertandingan mewarna ( tahun 1, Pra sekolah & Pendidikan Khas )
6) Pertandingan mencipta komik ( terbuka kepada semua murid )
7) Pertandingan kuiz PSS ( terbuka kepada semua murid )
Diharap murid dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. tarikh tutup bagi semua pertandingan adalah pada 22 Oktober 2009 iaitu hari Khamis. Hadiah akan disediakan.
Pada 7 Oktober diadakan ceramah kesihatan mengenai Penyakit Denggi dan bahaya nyamuk Aedes. Ceramah ini melibatkan semua murid tahun 4 dan 5. Penceramah ini adalah wakil dari Kementerian Kesihatan.
MAJLIS PERASMIAN BULAN PSS 2009


Pada 5 Oktober 2009, majlis pelancaran bulan Pusat Sumber telah diadakan di SKSB. Sambutan bulan PSS ini bermula dari 5 Oktober sehingga 30 Oktober. Majlis ini dirasmikan oleh En Abdul Rahman Idrus. Majlis dimulakan dengan ucapan Pn Suzanna Md Saud selaku GPM yang seterusnya menjemput En Abdul Rahman Idrus untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan pelancaran Bulan PSS. Seterusnya, majlis diserikan dengan persembahan murid dari 6 Melur iaitu gurindam yang bertajuk " Membaca Menjana Minda'.
Gurindan ini ditulis oleh Mas Adeki. hayatilah bait-bait gurindam ini.
Banyak membaca fikiran kaya, Gurindan ini ditulis oleh Mas Adeki. hayatilah bait-bait gurindam ini.
rajin berusaha pasti berjaya.
Jika rajin membaca buku,
otak cerdas tidaklah beku.
Buku menjana minda anda,
boleh dibaca di mana berada.
Pembaca bijak seronok membaca,
mudah kenal intan atau kaca..................
untuk kata-kata seterusnya, bolehlah datang ke PSS untuk mencari buku ini. Gurindam ini di ambil dari buku yang bertajuk 'Lautan kasih berpantai sayang'.
KECERIAAN PSS
Pada 30 September 2009, AJK PSS sesi pagi telah bersama-sama membuat keceriaan di PSS. antara AJK yang hadir ialah ialah yang terdapat di dalam gambar. Selain itu, ada juga AJK yang lain hadir yang tidak terdapat dalam gambar iaitu Pn Normala Sanuse dan Pn Umi Kalsom. terima kasih diucapkan kepada AJK yang hadir dan ikhlas membuat keceriaan PSS. harap-harap AJK akan sentiasa memberi kerjasama dalam meningkatkan keceriaan PSS.11 October, 2009
AKTIVITI SELEPAS UPSR
HARI TERAKHIR UPSR
HARI PERTAMA UPSR
09 October, 2009
PROGRAM IHYA RAMADHAN
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya mengadakan bulan panitia sepanjang bulan Ramadhan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang bulan tersebut. Antaranya tadarus Al-Quran untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5 setiap pagi. Kemuncak program Tadarus adalah Khatam Al-Quran. Majis penutupan Ihya Ramadhan telah diadakan pada hari terakhir persekolah sebelum sekolah mulah bercuti untuk menyanbut Hari Raya Aidilfitri.
Murid-murid Pra Sekolah tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara penutupan bulan Panitia Pendidikan Islam. Persembahan murid Pra Sekolah ini telah dilatih oleh guru-guru praktikum dari UNISEL. Terima Kasih kepada guru-guru pratikum kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini. PROGRAM NILAM
Program nilam banyak membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan kosa kata, dan pengetahuan am. Semua maklumat ini sangat berguna dalam menghasilkan karangan bermutu dan membina ayat dengan lebih gramatis.Bagi tujuan menggalakkan penyertaan di kalangan murid-murid, PSS telah menyediakan hadiah kepada mereka yang berjaya membaca buku paling banyak. Di samping itu, program rakan pembaca juga telah diwujudkan. Rakan pembaca ini, akan mengadakan persembahan di perhimpunan pada setiap hari secara bergilir-gilir.
Subscribe to:
Comments (Atom)
