16 January, 2013

PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS PENUTUPAN BULAN PSS

Terima kasih kepada semua guru yang telah berjalan menjalankan aktiviti sepanjang Sambutan Bulan PSS 2012. Bulan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada bulan Oktober yang lepas. Sambutan Bulan Pusat Sumber ini adalah anjuran bersama dengan Panitia Muzik. Ini adalah bertujuan untuk memperbanyakkan aktiviti di sekolah yang mempunyai kaitan dengan Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Muzik.

Rasional
  1. Bulan Pusat Sumber Sekolah ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid kemudahan-kemudahan yang terdapat di PSS.
  2. Bulan Pusat Sumber Sekolah ini juga bertujuan untuk menarik minat murid-murid pergi ke PSS.
  3. Bulan Pusat Sumber juga merupakan satu usahasama di antara AJK Pusat Sumber dengan Panitia Muzik yang terdapat di sekolah ini.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber Sekolah:
  1. Jualan penanda buku dan lain-lain.
  2. Aktiviti Nilam
  3. Pertandingan mendeklamasi sajak.
  4. Explorace
  5. Melukis Poster
  6. Pertandingan menghasilkan penanda buku
  7. Bercerita
  8. Mewarna
  9. Pertandingan peminjam terbanyak
  10. Pertandingan pengguna terbanyak (Pusat Akses, Perpustakaan)
  11. Sudut /  Mini perpustakaan yang tercatik antara kelas
  12. Kuiz terbuka
  13. Jualan gambar
  14. Promosi buku

Penyampaian kepada pemenang.

Penyampai hadiah kepada pemenang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang
Penyampaian hadiah kepada pemenang

No comments:

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014