07 July, 2010

HARI INTERAKSI

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, akan mengadakan Hari Interaksi dan Menandatangani Buku Laporan Adab Belajar bagi pertengahan tahun 2010 seperti berikut:

Tarikh :
13 Julai 2010

Hari :
Selasa

Masa :
Sesi Pagi (8.00 a.m - 12.00 p.m)
Sesi Petang (2.00 p.m hingga 5.30 p.m)

Tuan/puan dijemput hadir untuk sesi interaksi bersama guru kelas seterusnya menandatangani Buku Laporan Adab Belajar anak masing-masing. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pelajaran murid-murid di sekolah ini.

05 July, 2010

PROGRAM NILAM

Setiap hari Khamis, bermula 7.15 am hingga 7.30 am murid-murid akan menggunakan masa selama 15 minit untuk membaca. Murid boleh membaca pelbagai bahan seperti buku cerita, surat khabar, dan sebarang bahan yang bermutu.

Budaya membaca perlu digalakkan di kalangan murid-murid pada peringkat awal lagi. Ini penting bagi melahirkan generasi akan datang yang berilmu pengetahuan.

Semua murid sesi pagai terlibat dengan program tersebut. Diharap program ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan dan berterusan.

Bak kata pepatah melayu 'Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya'

Seronok tengok murid-murid hadir awal ke tapak perhimpunan untuk menyertai program membaca. Pada permulaan mungkin mengalami sedikit masalah, murid belum lagi biasa dengan aktiviti sedemikian. Mungkin selepas ini akan menjadi kebiasaan kepada murid-murid SKSB pada setiap hari Khamis hadir awal ke tapak perhimpunan.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014