12 May, 2010

GURU OH GURU


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

LAWATAN KE PUSAT SAINS

Pada Hari Rabu 5 Mei, Unit ICT telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Bukit Kiara. Di kesempatan itu juga, murid-murid dibawa melawat ke Planetarium dan Taman Burung. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru pengiring yang terlibat.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Di samping itu dapat menerapkan semangat cintakan flora dan fauna. Melawat ke Taman Burung merupakan satu pengalaman baru bagi mereka kerana berkesempatan melihat pertunjukkan binatang yang terpilih.


#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014