Pada hari ini - 12 Jan 2009 bertempat di ruang legar perpustakaan sekolah, telah diadakan mesyuarat pengawas perpustakaan pertama bagi sesi 2009. Antara agenda adalah untuk membincangkan apa jua permasalahan dan cabaran yang bakal diharungi bersama-sama sepanjang sesi persekolahn kali ini. Perbincangan ini merupakan suatu persediaan awal mental dan fizikal para pengawas demi menjayakan pelbagai aktiviti.
Pengawas baru juga diserahkan kepada pengawas senior dalam sesi 'Abang kakak bimbinglah adik'. Ini adalah suatu daya tarikan membentuk kerjasama yang jitu antara warga pengawas perpustakaan sekolah.
Selain itu, jadual bertugas harian telahpun diperbincangkan. Senarai tugas akan dipamerkan di papan kenyataan PSS selewat-lewatnya tengahari esok.
Klinik Buku Kita juga akan dibuka pada kadar segera demi membantu menyelamatkan dan memulihara buku-buku 'sakit' yang telah dikenalpasti.
Cikgu ucapkan syabas dan tahniah buat semua warga pengawas yang telah menunjukkan kesetiaan dan minat yang tak berbelah bahagi sepanjang perbincangan kita. Salam Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment