22 June, 2014

TAKLIMAT SIRKULASI

Pn. Suzanna Md Saud (Guru Media) memberi taklimat kepada pengawas PSS sesi pagi mengenai sistem sirkulasi / edaran bahan pusat sumber sekolah. Taklimat ini penting supaya semua pengawas PSS dapat menggunakan sistem berkenaan bagi melancarkan lagi urusan pinjaman dan pemulangan bahan dan buku di PSS.

Tarikh : 21 Februari 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SKSB

Tunjuk cara penggunaan sistem sirkulasi

Pn. Suzanna menunjukkan bahagian yang perlu ditulis tarikh
pemulangannyan

Komputer ada bahan yang sangat penting dalam pelaksaan '
sistem sirkulasi

Pn. Suzanna memberi tumpuan kepada pengawas Tahun 4

Pn. Suzanna menunjukkan cara mengecop dengan betul.

PERLANCARAN PROGRAM NILAM

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang  dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. 

Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah

Tarikh : 17 Februari 2014
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan

Murid membuat persembahan dengan membacakan beberapa potongan ayat Al-quran

Ustazah Umi Kalsom menguruskan Majlis Perasmian Program NILAM peringkat sekolah

Pn. Lim Siew Bian menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang membaca buku terbanyak.

Hadiah pembaca buku paling banyak Tahun 6

Hadiah pembaca buku paling banyak Tahun 4


Tahap Jauhari Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan
Pengikhtirafan
90 - 179
GANGSA
180 - 269
PERAK
270 – 359
EMAS
360 – Ke Atas
NILAM

KELAB SILAT LINCAH SKSB

Seramai 8 orang ahli Kelab Silat Lincah SKSB terpilih untuk mengadakan  persembahan seni silat sempena Auto Convoi Gathering 2014 yang telah di rasmikan oleh Tan Sri Aseh Che Mat. Seramai 50 orang ahli Kelab Silat Lincah Daerah Gombak telah terlibat.

Tarikh : 15 Februari 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Istana Kehakiman Presint 2, Putrajaya.

Peserta bersama dengan pembantu juru latih Pn. Norazwani Mohd Arif

Peserta Kelab Silat Lincah bersedia untuk membuat persembahan.

Bergambar kenangan bersama ahli Kelab Silat Lincah Daerah Gombak

En. Asmarul orang yang bertanggungjawab memperkenalkan silat lincah di SKSB

Ahli kelab yang kecil tapi sangat berbakat

#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014