23 June, 2010

BENGKEL BAHASA MELAYU

Pada 23 Jun telah diadakan Bengkel Bahasa Melayu, untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6. Bengkel ini memberi tumpuan kepada kertas penulisan. Diharap dengan pendedahan yang diberikan kepada murid-murid sedikit sebanyak dapat membantu bagi meningkatkan lagi pencapaian dalam penulisan.

Bengkel ini dikelolakan oleh cikgu Mohd Noor Yunus dengan kerjasama guru-guru tahun 6.

Kehadiran murid-murid amat memuaskan. Diharap kehadiran ini dapat dikekalkan sehinggalah menjelang peperiksaan. Dalam menentukan sesuatu kejayaan perlu ada kerjasama daripada semua pihak.

Murid-murid memberi tumpuan semasa guru memberi penerangan. Mereka cuba menjawab soalan mengikut masa yang diperuntukkan dalam peperiksaan. Kemahiran ini penting supaya murid dapat menguruskan masa dengan baik mengikut pengagihannya.

Murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014