29 December, 2009

MESYUARAT GURU SESI 2010

Bermula pada hari Isnin (28 Dis 2009) sehingga hari Khamis (31 Dis 2009) akan diadakan mesyuarat-mesyuarat pengurusan sebagai persiapan menjelang sesi persekolah 2010. Barisan peneraju kecemerlangan SKSB pada tahun ini tidak berubah seperti tahun lepas. Banyak maklumat akan disampaikan untuk memastikan perjalanan sesi persekolahan yang akan bermula 4 Jan 2010 berjalan dengan lancar. Guru besar berharap sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan pada hari pertama persekolahan.

Minggu ini sememangnya guru-guru sibuk dengan mengemas kelas-kelas dan bilik-bilik khas untuk memastikan berada dalam keadaan bersih. Ini penting supaya murid dapat belajar dengan selesa pada hari pertama persekolahan.

Pada hari pertama hanya diadakan mesyuarat guru dan mesyuarat kelab staf.
Pada hari kedua, tertumpu kepada mesyuarat Unit Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid.
Hari Rabu akan diadakan mesyuarat Unit ICT, Unit PSS, Unit PPSMI dan Panitia Bahasa Melayu. Manakala pada hari Jumaat akan diadakan mesyuarat Panitia-panitia yang lain.

25 December, 2009

PERSIAPAN MENJELANG SESI BARU

Tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus membantu pihak pentadbir dalam menyiapkan segala persiapan untuk mesyuarat guru kali pertama yang akan bermula pada
28 Dis 2009.
Mesyuarat aku bermula pada pukul 8.00 am
dan bertempat di Bilik Kesidang.

Selamat datang kepada semua rakan guru dan guru-guru baru ke SKSB. Kami warga sksb mengalukan kedatangan semua. Mudah-mudahan kehadiran tahun baru ini penuh dengan azam baru untuk mempertingkan lagi prestasi pencapaian sekolah ini.

08 December, 2009

SALAM PERPISAHAN

Setiap pertemuan begitu indah untuk dikenang. Tetapi pertemuan yang diharapkan akan berpanjangan tidak kesampaian. Tuntutan kerja memaksa perpisahan berlaku. Dalam situasi begini sudah tentu kita merelakan mereka yang kita sayang pergi meneruskan perjuangan di tempat yang baru.

Mereka juga berperasaan seperti kita juga tidak mahu meninggalkan anak murid tersayang dan rakan taulan yang telah lama mereka dekati. Sebagai rakan sekerja kita mengucapkan tahniah kerana permohonan perpindahan ke sekolah baru telah dipertimbangkan. Permohonan diluluskan. Kepada guru berkenaan selamat bertugas di tempat baru dengan suasana baru.

Kita semua akan kehilangan guru-guru ini
  • Pn. Normala Sanuse
  • En. Nurasyid Nordin
  • Pn. Normunyati Hashim
  • En. Narasiman
  • En. Farid Wajdi Dahalan
Tidak lupa juga nak mengucapkan selamat datang kepada bekas guru yang pernah berkhidmat di sini iaitu Pn. Samrah Shamsuddin. Alhamdulilah mereka yang bertukar ke sekolah ini pun telah pun melapor diri.

'SELAMAT DATANG KEPADA GURU-GURU '
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014