28 July, 2009

PASUKAN BOLA BALING


Pasukan Bola Baling Sekolah bergambar kenangan bersama dengan Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dalam usaha memantapkan lagi pasukan. Tahniah kepada cikgu Hafiz kerana berjaya mencari bakat-bakat yang terpendam untuk di ketengahkan. Kami warga sksb sentiasa mendoakan semoga pasukan sekolah terus mantap. Maju lah sukan untuk negara.

27 July, 2009

TERIMA SIJIL PERKHEMAHAN


Bergambar kenangan bersama dengan guru besar, pemimpin, dan penolong pemimpin pengakap selepas majlis penyampaian hadiah di tapak perhimpunan.

Peserta perkhemahan menerima sijil masing-masing daripada Guru Besar di perhimpunan. Majlis sebegini dapat memberi motivasi kepada rakan yang lain untuk turut serta dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Bukan semua murid berpeluang menyertai perkhemahan yang diadakan di luar sekolah. Selalunya penyertaan adalah terhad. Bagi mereka yang berpeluang menyertainya sudah pasti berasa bangga apabila dipanggil untuk menerima sijil.

PERKHEMAHAN PENGAKAP

Pada 17 Julai hingg 20 Julai 2009 seramai 24 orang ahli pengakap telah menyertai perkhemahan kempori peringkat daerah yang telah diadakan di Taman Rekreasi Templer , Rawang. Perkhemahan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengalaman baru melalui aktiviti yang dirancang untuk peserta perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang terpaksa diselesaikan sepanjang tempoh perkhemahan bagi melayakkan mereka menerima sijil di akhir perkhemahan nanti. Seramai 23 orang murid dapat melaksanakan aktiviti berkenaan dengan jayanya dan layak menerima sijil.

Tahniah kepada guru-guru pengakap kerana telah bertungkus lumus menguruskan peserta perkhemahan. Pengorbanan seorang guru terlalu besar. Sanggup berkorban masa dan tenaga pada hujung minggu di tapak perkhemahan sebagai pengurus peserta.

BULAN PANITIA PENDIDIKAN KHAS

Pada hari Isnin awal bulan Julai, telah diadakan pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Khas. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Hj. Zulkifli Hj. Hainin, guru besar SKSB. Sepanjang bulan Julai, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai info-info yang berkaitan dengan pendidikan khas. Sebenarnya Pendidikan Khas di sini berkaitan dengan masalah pembelajaran.

Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Khas cukup simbolik dengan melepaskan beberapa ekor burung. Pelancaran kali ini lain daripada yang lain. Di ikuti dengan persembahan daripada murid pendidikan khas. Kadang-kadang persembahan yang dilakukan oleh murid pendidikan khas cukup baik. Sebenarnya mereka mampu buat yang terbaik. Tahniah kepada cikgu pendidikan khas kerana dapat mendidik anak-anak istimewa dengan penuh kesabaran.

14 July, 2009

TAKLIMAT JSU

Ketua Panitia Sains sendiri menyampaikan taklimat mengenai JSU Sains. Tahniah kepada Cikgu Kamis atas kesungguhan yang ditunjukkan. Segala edaran yang diberikan kepada guru-guru diharap disimpan dan digunakan apabila perlu sebagai rujukan

Tahniah kepada En. Mazrizani Abdul Hamid kerana dapat menyampaikan taklimat mengenai JSU Matematik dengan jayanya. Diharapkan selepas ini tiada lagi masalah bagi guru-guru untuk membina JSU sebelum membina soalan untuk ujian-ujian, mahupun peperiksaan.

Semua guru memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat berkaitan dengan bidang masing-masing. LADAP banyak membantu guru-guru dalam memantapkan lagi bidang keguruan. Banyak perkara-perkara baru boleh disampaikan kepada guru-guru. Di samping itu, dapat memberi peluang kepada mereka yang menghadiri kursus-kursus tertentu menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada rakan yang lain.

SCHOOL NET

Pada 11 Julai 2009 telah diadakan perkembangan staff bertempat di Dewan Buluh Perindu. Aturcara bermula tepat pukul 8.00 pagi dengan taklimat pengurusan oleh Guru Besar. Majlis berehat untuk minum pagi selama 30 minit. Majlis diteruskan dengan taklimat school net yang disampaikan oleh Cik Aisyah Jantan selaku fasilitator untuk school net. Beliau telah memberi taklimat secara ringkas mengenai bidang tugas beliau sebagai fasilitator di sekolah ini dan gambaran yang jelas mengenai school net kepada guru-guru.

Sekolah SKSB amat beruntung kerana telah ditempatkan seorang Juruteknik komputer menggantikan juruteknik yang lama. Harapan kami warga sekolah agar juruteknik ini dapat meneruskan kerjaya di sini. Dapat melaksanakan tugas dengan baik serta selesa bekerja di sekolah ini.

Dengan adanya mereka berdua ini, sedikit sebanyak akan memberi impak yang besar kepada warga sekolah terutamanya dalam mengaplikasikan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Segala masalah berkaitan dengan komputer selepas ini dapat diselesaikan dengan cepat. Kepakaran yang mereka ada ini perlu direbut oleh guru-guru untuk mendalami lagi ilmu ICT.

Di harap semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama kepada mereka ini bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

05 July, 2009

KUIZ KESIHATAN

Pada bulan lepas, SK Sungai Buloh telah menyertai Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah. Seramai empat orang murid sekolah ini telah menyertainya. Sebanyak 42 buah sekolah yang mengambil bahagian dan sekolah kita telah mendapat tempat kelima. Ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Hadiah ini telah disampaikan oleh Hj. Zulkifli Hj Hainin, Guru Besar SK Sungai Buloh dalam satu perhimpunan sekolah.

Mereka terdiri daripada:

1. Muhd Luqman bin Khairudin
2. Iman Zulkhairi
3. Nur Hikmah Sufiya
4. Nurfarhana Sukri
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014