20 May, 2009

PERSEMBAHAN HARI GURU

Ni adalah persembahan koir daripada cikgu-cikgu pendidikan khas dan yang paling bestnya adalah persembahan murid pendidikan khas yang memainkan keyboard.
Persembahan tarian ini adalah di bawah pimpinan Cikgu Norhanida dan Cikgu Fauzana. Di antara guru yang menyertai persembahan tarian ini ialah Cikgu Norhanida, Cikgu Fauzana, Cikgu Zarina, Cikgu Gee, Cikgu Sulia, Cikgu Zuhaily, Cikgu Shuriza, Cikgu Wan Pidura, Cikgu Norazuwani dan Cikgu Suzanna dan murid-murid Tahap 2.

Malalui persembahan ini, dapat kita lihat betapa sporting betul cikgu-cikgu SKSB.

apapun, harap-harap semua penonton terhibur dengan persembahan ini. tahun depan pastikan persembahan lagi best.

ni pulak tarian spontan antara GPK-GPK SKSB iaitu En Abdul Rahman, En Halimon, En Shamuri dan Pn Sumiah. GPK ini diberi kain pelikat dan cermin mata. mereka hanya perlu menari dengan Cikgu Norhanida, Cikgu Fauzana dan Cikgu Zarina. Amboi, hebat betul GPK kita ni menari. Terima kasih diucapkan kepada GPK yang sporting dalam persembahan ini.



sambil menunggu acara sukanneka guru-guru, Cikgu Nasir telah mendendangkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan warga SKSB. Cikgu Nasir ni memang minat betul kalau bab menyanyi. harap2 pendengar terhibur dengan alunan suara Cikgu Nasir.



Ni pulak persembahan murid-murid tahap 1. persembahan ini adalah di bawah tunjuk ajar Cikgu Nurasyid. Hebat betul murid-murid ini memainkan angklung ini. tahniah kepada semua.



PERTANDINGAN HARI GURU


Pertandingan baling tin diadakan untuk guru-guru. peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan guru sesi pagi, guru sesi petang, guru pendidikan khas dan kakitangan bergabung dgn pentadbir sekolah.
perlawanan pertama adalah diantara kumpulan guru pendidikan khas dengan kumpulan pentadbir. perlawanan ini dimenangi oleh kumpulan guru pendidikan khas.
perlawanan kedua pula adalah diantara kumpulan guru sesi pagi dan sesi petang. perlawanan ini amat sengit dan 'hot'. apapun, akhirnya perlawanan ini dienangi oleh kumpulan guru sesi pagi.
Tahniah kepada pemenang.

Pertandingan kukur kelapa ini di sertai oleh guru-guru. fuhhh, hebat-hebat betul cikgu kita menunjukkan aksi belah buah kelapa dan kukur kelapa. syok betul tengak gelagat guru-guru ni.






Pertandingan 'Pecah belon' ini disertai oleh guru-guru dan murid2 SKSB. pertandingan ini diharap dapat merapatkan hubungan murid-murid dan guru-guru SKSB. peserta pertandingan diminta menjaga belon masing-masing yang diikat pada kaki. Pemenang pertandingan ini ialah Cikgu Sulia, Cikgu suzanna, Cikgu Zuliah, Ustaz Faizal dan Cikgu Farid.
Tahniah kepada semua pemenang bagi 3 acara yang dipertandingkan iaitu pecah belon, kukur kelapa dan baling tin. kepada peserta yang kalah, tahun hadapan cuba lagi... jangan marahhh.






19 May, 2009

KOIR SKSB


Semasa sambutan Hari Guru Peringkat SKSB, antara acara yg wajib dijalankan ialah nyanyia lagu ' Guru Malysia'. Kumpulan koir SKSB dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu "Guru Malaysia'. Koir ini diketuai oleh Cikgu Zarina Karia. Ni la kelebihan cikgu2 SKSB serba boleh cthnya mengajar, menari, menyanyi dll. apapun, semua guru2 SKSB ini menyanyikan lagu Guru Malaysia dgn semangat berkobar2. yela, sekali setahun je menyanyikan lagu ini. yg penting, 'apa yg kami janji, tunai tetap kami tunaikan........

18 May, 2009

SAMBUTAN HARI GURU

Guru Besar menyampakan ucapan sempena hari guru dan PK Kurikulum menyampaikan perutusan.

Kebolehan seseorang guru, merupakan kelebihan bagi dirinya. Cikgu Nurasyid Nordin, setiap tahun akan menyediakan persembahan yang dilatihnya sendiri dan alat muzik dimainkan sendiri. Gaya seorang guru muzik yang berbakat besar.
Justify FullSuasana sepanjang berlangsungnya sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan bertempat di dataran perhimpunan. Pada tahun ini sungguh meriah. Pentas utama disediakan sebuah khemah dan tiga buah khemah untuk murid-murid. Sambutan kali ini diadakan satu sesi dan pengisian programnya sehingga pukul satu tengah hari. Meriah memang meriah. Rasa seronok menjadi seorang guru yang dirai oleh rakan-rakan sekerja dan anak didik.

PERSEMBAHAN HARI GURU

Guru bukan sahaja hebat berhujah, tetapi hebat dalam seni tari. Penyertaan daripada kalangan guru telah memberi satu kelainan yang ditunggu-tunggu oleh anak didiknya. Guru boleh bekerjasama dengan murid dalam menjayakan persembahan tarian. Semangat tu yang lebih penting, kebolehan boleh di bentuk. Tak kisahlah tarian macam kayu sekali pun kan...cikgu..janji murid terhibur dengan persembahan tersebut.

Persembahan angklung ini telah dilatih oleh guru muzik yang tidak asing lagi di sekolah kami, tak lain tak bukan kalau bukan En. Nurasyid Nordin. Cikgu ini banyak memberi sumbangan dalam bidang muzik dan jugak aktiviti kokurikulum. Tertamanya yang melibatkan perkhemahan.

Pada tahun ini, warga sekolah telah dihiburkan oleh pihak pentadbir dengan persembahan joget lambak. Tapi oleh sebab tertentu, Guru Besar tidak dapat bersama. Persembahan yang mendapat tepukan gemuruh daripada murid-murid dan tidak kurang juga sokongan moral daripada guru-guru. Sebenarnya persembahan ini secara spontan sahaja. Mereka dijemput ke pentas dan diberikan kostium untuk dipakai dan seterusnya membuat persembahan yang dibantu oleh Cikgu Fauzana, Cikgu Norhanida dan Cikgu Zarina. Kacak jugak PK-PK nie bila berkaca mata hitam, macam zaman dulu-dulu lah pulak. Tugas pengkritik tetap macam biasa lah, kalah pengkritik AF musim ke 7. Tahniah atas kerjasama yang diberikan.

KAD UCAPAN

Peranan guru amat penting dalam menyediakan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat yang terpendam. Murid kita sebenarnya ada kelebihan masing-masing, mungkin dia sendiri pun tidak perasan bakat yang dia ada. Luahan kata-kata daripada seorang murid kepada gurunya... perlu dihargai supaya murid sentiasa dekat dengan guru. Ini penting dalam menuntut ilmu.

Kad ucapan Selamat Hari Guru yang ditulis oleh murid-murid tahun 6 yang ditujukan khas kepada guru-guru mereka. Pertandingan ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada murid untuk mengetengahkan bakat kreatif dan mencipta kata-kata yang puitis dalam penulisan. Tahniah kepada Cikgu Wan Pidura Wan Ali kerana berjaya menarik ramai penyertaan. Harapan tahun depan mendapat sambutan lebih hangat lagi.....

UCAPAN HARI GURU

Yang Berusaha Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin, GB SKSB
En. Abdul Rahman b. Idrus, PK Kurikulum
Pn. Sumiah Abdul Rahman, PK HEM
En. Halimon b. Suratman, PK Kokurikulum
En. Shamuri b. Boradi, PK Petang
Pn. Ruzaini bt. Mustapha, PK pendidikan Khas
Guru yang saya hormati dan rakan-rakan seperjuangan.
Assalamualaikum.....


Tanggal 16 Mei telah menjadi tradisi sinonim profesion perguruan diraikan si seluruh negara tercinta ini. Secara holistiknya seluruh anak murid diminta meraikan guru-guru yang mengajar mereka dengan ucapan " Selamat Hari Guru". Ungkapan guru umpama lilin kini sukar untuk didengari lagi, kini guru-guru telah diumpamakan sebatang "Pen Drive" yang berperanan bulat-bulat untuk membina anak-anak kecil yang kelak diharap-harapkan menjadi insan cemerlang dan hebat kepada bangsa, agama dan negara.

Persoalannya, adakah guru-guru wanita yang mendominasikan 85% pentas pendidikan ini dengan nisbah 1 guru bersamaan dengan 7 orang murid mampu menjalankan tanggungjawab murni ini bagi membimbing lebih 6 juta orang pelajar di seluruh negara.

Justeru itu, tema sambutan Hari Guru 2009 " Guru Pembina Negara Bangsa" telah dipilih selaras dengan Peribahasa Arab yang mengatakan guru adalah pembina budaya ilmu serta pembentuk generasi dakan datang. Sementara peribahasa Melayu pula, menyebut " Berguru dahulu sebelum bergurau", "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari", "Berguru kepalang ajar, bagi bunga kembang tak jadi". Istilah yang diberi oleh cendikiawan Islam iaitu guru atau pendidik dikenali sebagai Murabbi, Mualim, Mu'addib atau ulama sekaligus menggambarkan betapa tinggi martabbat guru dalam kehidupan sejak zaman-berzaman.

Kenyataan ini, dapat dikukuhkan lagi daripada petikan mantan Presiden India juga seorang saintis yang membangunkan bom nukleur untuk negaranya dengan menegaskan tiga personaliti teragung di dunia ini ialah ibu, bapa dan guru. Khasnya guru-guru sekolah rendah yang lebih peting daripada guru-guru di sekolah menengah mahupun pensyarah. Jika sekolah rendah gagal menyediakan pendidik yang kukuh, maka lahirlah pelajar sekolah menengah yang tiada asas dan akhirnya lahirlah mahasiswa dan belia yang rapuh dan modah insan yang pincang dan bernanah.

Maka, menurut Hamka adab kepada seorang guru, murid-murid hendaklah mengakui kelebihan guru dan menghormatinya kerana lebih utama daripada ibu dan bapa daei segi jasanya. Kerana ibu bapa mengasuh anak sejak dilahirkan, tetapi guru mendidik jiwa. Kemuncak matlamat kerjaya seorang guru tidak pernah mengharapkan balasan, pujian atau penghormatan masyarakat, namun hati kecilnya sering terluka dengan cemuhan ibu bapa yang megah dengan balasan undang-undang, keruntuhan morah, penyalahangunaan dadah, gejala mat rempit dan gangterisme serta kes-kes melawan guru dan ibu bapa di kalangan anak-anak murid mereka kenali.

Doakanlah guru sepanjang hidupnya. Jika mereka meninggal dunia, anak-anak murid wajarlah menziarahi dan memohon maaf serta bersedekah atas namanya.

Terimalah beberapa kata-kata keramat dari kami murid-muridmu di SK Sungai Buloh:
  • Guru ajarmu ada harapan, dalam tegurmu ada doam dalam marahmu ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijiksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah mu seorang guru.
  • Birth is the start of life. Beauty is the art of life, mysteries dan risk are part of life....but a Teacher are part of life and a Teacher is the heart of life.
  • A Teacher takes a hand...Open the mind and touches the heart.
Happy Teacher Days. You are everything. SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.

Ucapan disampaikan oleh adik Iman Zulkhairi, Ketua Pengawas Sekolah.

SELESEMA BABI (SWINE INFLUENZA)

Cikgu Norazwani selaku ketua Unit Kesihatan telah memberikan sedikit penerangan mengenai penyakit yang telah merebak di beberapa negara di dunia pada 13 Mei di perhimpunan sekolah kepada murid-murid. Info ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia versi 2.0 yang bertarikh 30 April 2009.

Antara persoalan yang perlu murid ketahui ialah mengenai :

1. Apakah selesema babi?

Selesema babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar memlalui babi yang asimptomatik ( tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus selesema babi ).

2. Apakah tanda dan gejala selesema babi pada manusia?

Tanda dan gejala selesema babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu .

3. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti selesema babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus selesema babi. Terdapat kes di mana manusia yang tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

4. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan selesema babi?

Tidak ada.

5. Apakah yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada sakit?

  • Jika anda batuk atau bersin, tutup hidung atau mulut anda dengan tisu atau sapu tangan. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.
  • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkholo juga boleh digunakan.
  • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
  • Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
  • Segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti selesema babi.

MURID BERPOTENSI 5A

Iman binti Zulkhairi

Merupakan ketua pengawas sekolah. Sebagai contoh kepada rakan-rakannya yang lain, Iman sentiasa mesra dan mudah untuk bertegur sapa. Seorang murid yang tidak kedekut ilmu dan sanggup mengajar kepada rakan yang memerlukan pertolongannya.

NurHikmah binti Shafiya

Merupakan seorang murid yang pendiam. Tapi dalam diamnya ada sifat tegas dalam menjalankan amanah yang diberikan, sebagai pengawas PSS. Mempunyai sifat yang suka bersaing di kalangan rakan seperjuangan telah mewujudkan persaingan positif. Harap ianya akan berterusan.



Muhammad Luqman bin Khairuddin

Merupakan penolong ketua pengawas sekolah, seorang murid yang berdedikasi dalam menjalankan tugas dan rajin dalam pelajaran. Semoga dengan usaha gigih yang ditunjukkan akan beroleh hasil di dalam peperiksaan UPSR nanti. Teruskan usaha, pastikan jaya.

Tiga orang murid ini telah berjaya mendapat 5A dalam ujian selaras 1 dan ujian titian kasih. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar sksb. Program ini merupakan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunselind dengan Unit Peningkatan UPSR. Program ini bertujuan memotivasikan murid-murid supaya lebih ramai lagi murid yang berusaha untuk mendapat keputusan yang baik.
Tahniah kepada murid yang menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian. Teruskan usaha.

11 May, 2009

SELAMAT HARI GURU

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei ialah merupakan hari Guru. oleh itu, saya wakil daripada PSS SKSB ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru di SKSB. tidak dilupakan kepada semua warga pendidik di seluruh tanahair.
Tema hari Guru tahun ini ialah 'Hidup Berbakti'

Sambutan peringkat sekolah SKSB akan diadakan pada 18 Mei bersamaan hari Isnin. Pelbagai aktiviti untuk guru dan murid akan dijalankan pada hari tersebut.


SELAMAT HARI GURU...............


PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW


Pada awal tahun 2009, SKSB telah menghantar penyertaan untuk pertandingan Sepak Takraw. walaupun wakil sekolah kita tidak dapat ke peringkat akhir, yang penting ialah semagant kesukanan.
apapun, tahniah kerana terpilih untuk mewakili SKSB.

06 May, 2009

MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARAM

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 6. Penceramahan pada kali ini guru kita sendiri yang pernah menuntut di Timur Tengah. Tahniah kepada Ustazah Wan Haninah kerana dapat berkongsi ilmu bersama dengan warga sksb.

Cikgu Mohd Nor Sharif selaku pengerusi majlis sambutan awal muharam. Antara pengisian Majlis Sambutan Awal Muharam yang telah diadakan diperingkat sekolah ialah murid membacakan surah daripada Al-Quran.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014