12 January, 2009

Mesyuarat Pengawas Perpustakaan Kali Pertama

Pada hari ini - 12 Jan 2009 bertempat di ruang legar perpustakaan sekolah, telah diadakan mesyuarat pengawas perpustakaan pertama bagi sesi 2009. Antara agenda adalah untuk membincangkan apa jua permasalahan dan cabaran yang bakal diharungi bersama-sama sepanjang sesi persekolahn kali ini. Perbincangan ini merupakan suatu persediaan awal mental dan fizikal para pengawas demi menjayakan pelbagai aktiviti.

Pengawas baru juga diserahkan kepada pengawas senior dalam sesi 'Abang kakak bimbinglah adik'. Ini adalah suatu daya tarikan membentuk kerjasama yang jitu antara warga pengawas perpustakaan sekolah.

Selain itu, jadual bertugas harian telahpun diperbincangkan. Senarai tugas akan dipamerkan di papan kenyataan PSS selewat-lewatnya tengahari esok.

Klinik Buku Kita juga akan dibuka pada kadar segera demi membantu menyelamatkan dan memulihara buku-buku 'sakit' yang telah dikenalpasti.

Cikgu ucapkan syabas dan tahniah buat semua warga pengawas yang telah menunjukkan kesetiaan dan minat yang tak berbelah bahagi sepanjang perbincangan kita. Salam Maju Jaya.

Salam Tahun Baru Dari Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rasanya masih belum terlambat untuk warga kerja Pusat Sumber SKSB mengucapkan Salam Tahun Baru 1430H dan 2009M kepada semua pengunjung blog kami ini.

Istimewa buat semua murid-murid - Tahun ini menjanjikan lebih banyak buku-buku bacaan berbentuk ilmiah dan fiksi yang akan memenuhi ruang di perpustakaan kita. Murid-murid bolehlah berkunjung ke cermin pameran Buku Baru Untuk Anda di papan pameran berhampiran kantin. Semoga kita semua menjaga buku-buku ini dengan cermat dan menggunakannya secara berhemat.

Oh ya! Sebelum terlupa, pada tahun ini kita telah mendapat Guru Perpustakaan dan Media baru iaitu Puan Suzana Binti Mat Saad bagi menggantikan mantan Puan Rosidah Darus yang telah berpindah ke Rawang. Perpindahan Puan Rosidah ke Rawang adalah demi menjaga ibu beliau yang tinggal berseorangan di sana. Kehilangan Puan Rosidah dalam laman SKSB amat-amat diirindui memandangkan beliau antara tonggak utama pelbagai aktiviti PSS kita sebelum ini. Walau apa pun, Jauh di mata..masih dekat di hati. Insya Allah, Puan Suzana dan para AJK baru akan cuba meneruskan apa jua rancangan terbaik demi murid-murid semua.
#SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SESI 2014